[04] BUKTI

3.6K 151 10
                                    

TANGAN kanan Sofia dibalut menggunakan bandage dengan hati-hati dan rapi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN kanan Sofia dibalut menggunakan bandage dengan hati-hati dan rapi. Risau gadis itu mengerang kesakitan lagi dan ini untuk mengelakkan kesan buruk akibat dicop besi tadi. Stephen tahu cara merawatnya dengan betul. Sebab itu dia memilih untuk merawat tangan isterinya sendiri dan tidak menyuruh doktor peribadinya.

               "Honey, dalam masa beberapa hari tangan Honey akan sembuh." Ujar Stephen dengan lembut.

               Sofia mengeluh geram. Geram kerana Stephen tidak henti-henti memanggil dia Honey. Malah dia juga membahasakan diri dia Hubby. Tak padan rupa dan perangai langsung. Nak termuntah hijau Sofia dibuatnya. Lagi-lagi lepas nampak warna sebenar Stephen tadi. Seram pun ada.

               "Maaf, boss. Dia terlepas lagi." Ujar orang bawahan Stephen dengan gementar. Badannya sasa namun dia kelihatan seperti anak kucing yang sedang ketakutan dihadapan Stephen. Sofia yang berada di belakang Stephen hanya memerhati.

               Tanpa sebarang amaran Stephen menendang orang bawahannya sehingga dia jatuh ke bawah. Selepas itu dia memijak-mijak kepala orang bawahannya sehingga orang bawahannya muntah darah.

               "Benda senang pun tak boleh nak urus. Jahanam!" Jerit Stephen dengan geram. Dia menjeling tajam ke arah orang bawahannya itu. Jelingannya umpama sekejap lagi matanya akan mengeluarkan lazer. Sudah lama dia mahu menjejaki orang itu namun setiap kali dia hampir mendapatkannya, dia mesti terlepas.

               Oleh kerana tidak sanggup melihat lelaki dihadapannya diseksa oleh Stephen, Sofia memegang tangan Stephen. Dia tidak menyedari perbuatannya itu sehingga Stephen berpaling ke arah dia dan mengeluh. Dengan pantas Sofia melepaskan genggamannya.

               "My wife is finally here. Consider yourself lucky." Ujar Stephen sebelum berlalu pergi bersama Sofia ke dalam bilik tidurnya.

                Sofia kembali ke alam realiti apabila Stephen memetik jari dihadapan wajahnya. Dengan terkebil-kebil dia memandang ke arah wajah Stephen.

               "Honey okay tak ni?" Soal Stephen dengan mesra. Sofia menjauhkan diri dari Stephen. Siapa sebenarnya dia ni? Kenapa Stephen lain dengan dia?

                "Aku tak nak percaya yang kau ni suami aku!" Jerit Sofia dengan gementar. Risau kalau-kalau Stephen akan meradang macam tadi. Sakit gila kena pijak kepala. Siapa suka?

                 "Percaya atau tidak, itulah kenyataan dan realiti yang perlu Honey hadam. Lagipun Hubby ada bukti yang kukuh." Stephen berkata dengan tenang.

                 'Bukti? Bukti apa pula yang mamat ni karutkan?' Bisik hati Sofia.

                  "Aku nak tengok bukti tu." Arah Sofia dengan tegas. Stephen berdiri dengan pantas membuatkan Sofia melompat kecil akibat terkejut.

                 Stephen hanya menggeleng kepalanya dan berjalan ke arah meja sebelah katil. Dia mengeluarkan kunci lalu membuka laci paling bawah dan mengambil satu fail kertas berwarna coklat. Selepas itu dia duduk di atas katil dan berpaling ke arah Sofia. Dia menepuk-nepuk ruang di sebelah kirinya sebagai tanda untuk menyuruh Sofia duduk di sana.

                 Pandangan mata Stephen seolah menjerit kepada Sofia yang ianya selamat untuk dia duduk di sana. Namun oleh kerana tidak pasti, Sofia tidak terus mendekati Stephen.

               "Honey, kalau tak nak tengok, Hubby nak simpan ni." Stephen berkata. Baru sahaja dia mahu menyimpan fail itu, Sofia terus duduk di sebelah dia. 'Tau pun nak tengok.' Fikir Stephen. Stephen menyerahkan fail itu kepada Sofia.

             Perlahan-lahan Sofia membuka fail kertas berwarna coklat itu. Dia menelan air liurnya lalu mengeluarkan dokumen yang berada di dalam. Matanya terbuka luas akibat terkejut melihat apa yang tertulis di atas kertas itu. Sijil perkahwinan yang sah. Apa lagi teruk, ada tandatangan dia di sana. Dia pasti itu tandatangannya. Tulisan nama dia juga adalah seratus peratus milik dia.

             Dengan agak kasar Sofia menyerahkan kembali fail itu kepada Stephen dan sekali lagi menjauhkan diri dari Stephen. Mustahil!

             "Percaya sekarang?" Soal Stephen sambil mengangkat kening kanannya. Dokumen-dokumen di dalam fail itu adalah sah dan tidak palsu. Tandatangan Sofia? Dia sendiri yang turunkan tandatangan itu di saat dia bersetuju untuk menjadi isteri dia yang sah beberapa tahun yang lepas.

            "Tu mesti palsu kan? Kenapa pula aku nak berkahwin dengan kau! Dan masa kau rogol aku dekat club, aku masih perawan. Kalau betul kita dah kahwin, kau mesti dah sentuh aku dulu kan? Kenapa pula aku masih perawan?!" Soal Sofia dengan jelingan tajam. Dia pasti yang ini adalah satu kesilapan besar. Dia tidak pernah berjumpa, apatah lagi berkahwin dengan Stephen.

            "Honey, sebab Hubby tak sentuh Honey adalah sebab Honey sendiri minta. Honey cakap Honey tak nak parents Honey tahu yang Honey dah kahwin. Ini sebab parents Honey nak Honey kahwin dengan Kevin Loi. Honey minta masa untuk jelaskan perkara ni dekat parents Honey. Tapi lepas tu Honey hilang dari radar." Jawab Stephen dengan jujur. Dia memandang tepat ke arah anak mata Sofia.

              Sofia diam seribu bahasa. Macam mana Stephen tahu yang ibu bapa dia pernah cuba untuk jodohkan dia dan Kevin? Tapi rancangan mereka gagal sebab Sofia mahu bersama Harry. Akhirnya dia dibuang dari rumah dan dipaksa untuk berjuang seorang diri.

             Stephen memandang ke arah jam tangannya. Dia menyimpan fail itu semula ke dalam laci lalu mengunci laci itu semula. Dia berdiri dan mendekati Sofia dan mencium pipinya.

             "Hubby ada kerja. Kalau Honey nak jalan-jalan dekat rumah ni boleh tapi kalau Honey jumpa pintu berwarna merah, tolong jangan masuk." Pesan Stephen lalu dia keluar dari bilik tidur. Sofia hanya memerhati. Selepas Stephen hilang dari pandangan mata kasar barulah Sofia duduk di atas katil. Tangan kanannya dipegang lembut. Masih terasa keperitan akibat dicop menggunakan besi.

            Sofia duduk diam untuk beberapa masa. Entah sudah berapa lama masa berlalu, barulah perutnya berkeroncong akibat lapar. Sofia berdiri lalu dia keluar dari bilik tidurnya. Sebaik sahaja keluar dari bilik, dia kini berada di koridor yang bertemakan viking.

            Kakinya melangkah ke arah kiri untuk ke lif. Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang 1, di mana dapur utama terletak. Sumpah dia rasa macam berada di dalam hotel dan bukannya rumah biasa.

            Ting!

            Sofia keluar dari lif dan ke dapur. Di sana beberapa orang pekerja di dapur sedang memasak. Sebaik sahaja Sofia melangkah masuk ke dalam, mereka berhenti melakukan pekerjaan dan tunduk hormat kepadanya. Pada mulanya Sofia agak bingung sebab beberapa saat berlalu dan mereka masih dalam keadaan tunduk hormat.

            "Urm... Ok?" Ujarnya dengan tidak pasti. Serentak para pekerja di sana berdiri dan meneruskan kerja mereka. Sofia terkebil-kebil dan berjalan ke arah kerusi kaunter. Baru sahaja dia mahu mencapai buah oren yang terletak dalam basket buah, seorang pekerja memintas dia. Dengan pantas pekerja itu mengupas 2 biji oren dan meletakkannya di atas pinggan lalu menghidangkan oren itu kepada Sofia.

          "Uhh.... Thanks?"

Mrs. Francisco ( h i a t u s )Where stories live. Discover now