[07] HILANG

3.4K 172 35
                                    

SOFIA bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Satu per satu ayat di notis itu dia baca. Rumah lamanya kini sedang di jual dan tiada siapa di dalam rumah. Ibu bapa dia pindah tanpa pengetahuan dia? Tahulah diorang marah dekat Sofia tapi kenapa sampai nak pindah?

            "Dah agak dah." Ujar Stephen. Mesti diorang akan lari. Susah betul nak kejar dua ekor tu.

             "Apa maksud kau?" Soal Sofia. Kenapa Stephen mengagak yang kedua orang tuanya akan berpindah? Apa yang Stephen tahu dan dia tidak tahu? Stephen menoleh ke arahnya.

             "Semua tanda soal kenapa Honey tak ingat Hubby dan perkahwinan kita sebelum ni ada pada diorang." Jawab Stephen dengan jujur. Selepas kejadian hari itu, Sofia pergi berjumpa dengan ibu bapanya dan terus hilang dari radar. Puas Stephen mencari di setiap sudut negara Malaysia. Sampai ke kawasan pendalaman dicarinya, namun tetap gagal.

               "Mustahil. Kau tipu kan? Kan?!" Sofia berkata. Dia tidak percaya dengan semua ini. Ah! Perkahwinannya dengan Stephen adalah karut semata-mata. Karut.... Karut...

               "Honey?" Stephen cuba memanggil Sofia. Sofia tiba-tiba menjadi diam dan merenung ke arah pintu masuk rumah mereka. Dia langsung tidak berkelip.

                               ••••••••

"SAMPAI bila ayah nak buat Fia macam ni? Fia dah besar panjang, ayah. Bukan budak kecil lagi. Fia tahu apa Fia buat." Jerit Sofia kepada ayahnya, Encik MgGlurry. Ayahnya menjeling tajam ke arah dia. Di sebelahnya adalah ibu Sofia iaitu Puan Jevanica.

              "Fia, ayah tak peduli. Putuskan hubungan mengarut kau dengan jantan takde masa depan tu. Apa yang Fia nampak dekat jantan tu? Kevin lagi bagus dari dia!" Balas ayahnya dengan tegas.

               Air mata mula bergenang di mata Sofia. Bukan kerana sedih tapi sebab dia marah dan kecewa. Marah sebab ayahnya terlalu mengontrol hidupnya. Dari kecil sehingga dewasa, semuanya harus mengikuti arahan ayahnya.

              "Dasar anak tak mengenang budi! Sia-sia aku besarkan kau! Kalau Fia tak nak putuskan hubungan dengan....." Mulut Encik MgGlurry masih berkata-kata namun telinga Sofia bagaikan ditutup. Satu pata perkataan pun dia tidak dengar.

              'Apa yang ayah cakapkan ni?' Sofia cuba fokus namun gagal.

                                •••••••••

SOFIA kembali ke alam realiti apabila bahunya ditepuk dengan agak kuat oleh Stephen. Dia menoleh ke arah Stephen. Air matanya berlinangan dengan agak deras. Hal ini membuatkan Stephen cemas.

              "Honey okay tak ni? What happen?" Soalnya dengan lembut. Dia mengesat air mata Sofia dengan penuh kasih sayang dan memeluk gadis itu. Stephen mengusap-usap belakang Sofia. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan Sofia menangis namun apa yang pasti dia benci melihat gadis itu menangis. Cukup apa yang dia lalui sebelum ini.

               "Sakit ah bodoh.... Sakit." Sofia berkata sambil menangis teresak-esak. Dia memeluk badan Stephen dengan erat. Entah kenapa dia menangis. Dia sendiri langsung tidak tahu. Apa yang dia nampak tadi? Adakah itu memori dia?

               5 minit berlalu dan kini Sofia semakin tenang. Pelukkan Stephen dileraikan perlahan-lahan. Stephen memandang ke arah dia dengan pandangan mata lembut. Pipi Sofia diusap lembut.

              "It's okay, Honey. I am here." Ujarnya dengan lembut.

              Sofia hanya mendiamkan diri. Kelembutan suara Stephen tadi sedikit sebanyak membuatkan dia gembira. Rupanya Stephen taklah teruk sangat. Tapi masih terlalu awal untuk Sofia berfikiran begitu. Dia kena berhati-hati.

            "Honey nak jumpa doktor? Yalah, lebih baik kita buat medical checkup untuk pastikan kenapa Honey tak ingat pasal Hubby." Cadang Stephen. Entah kenapa tidak terlintas di fikirannya idea itu dari dulu. Mungkin terlalu gembira yang Sofia sudah kembali.

            Sofia mengangguk kepala bersetuju dengan cadangan Stephen. Tangan kanannya dipegang lembut oleh Stephen dan mereka berlalu pergi dari sana. Untuk mengelakkan dari Sofia curiga tentang keputusan medicnya, Stephen menyuruh Sofia memilih hospital mana yang dia mahu. Selepas beberapa minit berfikir, Sofia mengambil keputusan untuk ke Hospital Universiti Kenanga Alam.

                                •••••••••

APABILA mereka tiba di sana, mereka terpaksa menunggu giliran. Mujur tidak banyak sangat pesakit hari itu. Kurang dari 30 minit, giliran Sofia dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Sofia berdiri dan membetulkan sedikit pakaiannya yang berkedut. Dia menoleh ke arah Stephen.

             "Kau nak ikut?" Soal Sofia.

             Geleng. "Tak. Hubby tunggu Honey dekat luar. Lagi pun Hubby tak suka sangat dengan doktor ni."

           "Eleh muka je garang tapi penakut jumpa doktor. Tak padan langsung." Ejek Sofia. Stephen hanya tersengih memandang ke arah Sofia. "Betul ni kau tak nak ikut? Bukan doktor tu nak cucuk pantat kau guna seribu jarum api kot."

            "No thanks." Jawab Stephen lagi.

             "Oh yelah." Sofia berkata lalu berjalan ke arah bilik 14 di mana dia akan berjumpa dengan doktornya. Stephen hanya memerhati. Setelah Sofia pergi, dia mengeluarkan telefon pintarnya yang dari tadi tidak putus-putus berbunyi. Mujur dia letak dalam mode vibrate.

             Dia bukannya takut dengan doktor pun. Silap-silap doktor yang takut dengan dia. Stephen cuma tak nak Sofia dengar perbualannya dengan pembantu peribadinya nanti.

             Stephen menelefon semula secretarynya, Ken. Tidak sampai 3 deringan, panggilannya diangkat oleh Ken.

            "Hello, boss. Diorang nak jumpa hari ni juga. Tak boleh tunda dah." Ujar Ken sebaik sahaja dia menjawab panggilan ketuanya. Stephen mengeluh berat.

            "Setan. Aku nak luangkan masa dengan bini pun susah. Kau bunuhlah diorang ke apa. Pancung dan siat. Pastu bagi makan buaya. Sibuklah." Ujar Stephen separah berbisik. Dia menoleh ke arah pesakit di sebelahnya. Jelas muka pesakit itu pucat. Sama ada sebab dia sakit atau dia terdengar kata-kata Stephen.

             Stephen menjeling ke arah pesakit itu. "Apa tengok-tengok? Aku ada hutang dengan kau ke setan?" Ujar Stephen dengan jelingan yang menakutkan.

             Dengan pantas pesakit itu berdiri dan melarikan diri. Risau dirinya dibaham oleh Stephen. 'Pengecut.' Fikir Stephen sambil memerhati pesakit yang bagaikan baru nampak hantu itu.

             "Nak set up panggilan palsu ke, boss?" Soal Ken.

             "Yelah. Nak buat apa lagi bodoh. Tu pun takleh fikir. Bongok. Lagi satu, aku nak kerja yang bersih. Kalau aku tahu kerja kau tak bersih, kepala kau akan aku gantung dekat lampu trafik." Ugut Stephen sebelum mematikan panggilan itu. Ayy sakit pula hati dia kena kacau masa dia nak meluangkan masa dengan isteri. Benda kecil pun takleh urus. Dah degil nak mampus, tak faham bahasa tu bunuh je lah. Buat apa simpan orang tak guna dan tak berotak macam tu.

Mrs. Francisco ( h i a t u s )Where stories live. Discover now