[08] AMNESIA?

3.5K 185 25
                                    

SELEPAS berbincang di dalam bilik doktor untuk beberapa minit, Sofia dibawa ke bilik scan untuk scan kepalanya. Ini kerana doktor tak boleh buat kesimpulan yang Sofia memang amnesia dengan hanya soal jawab sahaja. Dia memerlukan scan kepala Sofia.

         Semasa dalam perjalan ke bilik scan, Sofia dan Doktor Alfon lalu di depan Stephen. Stephen hanya melambai ke arah dia sambil tersenyum. Sofia menjelingkan matanya ke atas. Mamat tu mesti tengah mengejek dia dalam kepala sekarang.

        15 minit berlalu dan kini Sofia kembali ke bilik rawatan bersama Doktor Alfon. Hasil scan kepala Sofia tadi dilekatkan ke atas satu papan putih mudah alih. Doktor Alfon menolak papan putih itu ke arah Sofia. Dia membulatkan satu area di bahagian otak Sofia.

       "Okay sekarang saya dah boleh buat kesimpulan. Cik nampak yang saya bulatkan ni?" Doktor Alfon menyoal Sofia.

       Sofia mengangguk kepalanya. Dadanya berdegup pantas menunggu ulasan dari doktor itu. Kalau betul dia amnesia, maknanya ayah dengan ibu dia ada sorokkan sesuatu dari pengetahuannya. Kalau tidak, mesti dia orang dah beritahu dia yang dia ada amnesia kan?

       "Saya yakin 99.99% cik memang amnesia." Ujar Doktor Alfon. Dia menjelaskan bahawa terdapat kesan luka pada otaknya. Kesan luka itu sudah lama jadi tidak hairanlah jika Sofia adalah pesakit amnesia jangka lama.

      "Tapi kenapa saya tak ingat apa-apa, dok? Bukan patutnya saya ingat balik ke? Macam dalam drama dan movie yang saya tonton." Soal Sofia dengan riak muka tidak percaya. Doktor Alfon hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Sofia tadi.

      "Tak semua dalam drama dan movie yang cik tengok tu betul. Kalau hilang ingatan biasa memang akan kembali memori tu. Dalam kadar yang pantas atau lambat. Amnesia ni lain sikit. Hampir semua kes yang saya sendiri handle, pesakit tak dapat balik memori dia orang. Rasanya cik juga tergolong dalam pesakit tu." Jawab Doktor Alfon dengan senyuman.

       'Jadi satu-satunya jalan yang boleh sahkan lagi perkara ni adalah ayah dengan ibu. Eh tapi kalau dia orang tak nak macam mana? Aduh... Tapi memang betul ke aku kahwin dengan mamat tu?' Sofia bermonolog dalaman. Wajahnya berkedut-kedut dek memikirkan hal ini.

       "Saya sarankan cik soal orang yang cik rasa tahu tentang hal ni. Mungkin parents cik or kawan-kawan cik." Doktor Alfon berkata. Risau pula dia lihat Sofia yang berkerut dahinya berfikir. Mungkin pasal hal ini.

       "Kalau macam tu, saya pergi dululah dok. Terima kasih." Ucap Sofia lalu dia keluar dari pejabat Doktor Alfon. Saat kakinya melangkah mendekati Stephen,  Stephen berdiri lalu menggeliat dan menguap besar.

        "So?"

        "Aku memang ada amnesia." Jawab Sofia.

        "Hubby tahu honey masih meragui perkara ni. Sebab tu kita kena jumpa parents honey untuk confirmkan benda ni." Ujar Stephen dengan wajah yang agak serius. Mungkin Sofia tahu tempat-tempat bermungkinan di mana kedua orang tua dia menyorok. Kalau Sofia memang ingat, senanglah kerjanya untuk mencari mereka.

       "Okay." Sofia mengeluh berat. Kenapalah susah sangat dia nak dapat jawapan sama ada dia memang amnesia atau tidak. Doktor pun bukannya boleh dipercayai sangat. Bukan apa tapi kadang diagnosis doktor pun boleh salah sebab dia orang juga manusia biasa yang banyak kesilapan.

      "Kita balik jom? Atau Honey nak singgah dekat mall lagi?" Ajak Stephen dengan mesra. Baru sahaja Sofia mahu menjawab, dia teringat sesuatu.

       "Singgah tempat kerja lama aku jap. Ada hal sikit. Kau ni laki aku kan?" Soal Sofia dengan muka serius.

      "Ya Tuhanku... Yes, Honey. I am your husband." Jawab Stephen lalu dia menggelengkan kepalanya. Ingatkan lepas jumpa doktor, Sofia akan terus menerima dia tapi dia salah. Masih ada keraguan Sofia tentang dia sebenarnya adalah suami sah Sofia.

      "Pinjam RM5."

      Stephen menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa pula Sofia nak pinjam wang dari dia? Sikit pulak tu. Walaupun Stephen hairan sebab Sofia tiba-tiba nak pinjam wang, dia tetap memberi gadis itu wang di mintanya.

______

SOFIA melangkah masuk ke dalam bakery  tempat dia bekerja dahulu. Seperti yang dijangka, sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, bau roti-roti yang baru dibuat memenuhi rongga hidungnya. Bau-bauan ini mampu membuatkan sesiapa sahaja menjadi lapar. Stephen hanya mengekori dari belakang lalu duduk di satu meja. Walaupun kakinya berhenti melangkah, matanya tetap mengikuti Sofia.

       "Babe!!" Sofia dan Kaila menjerit kegembiraan kerana akhirnya mereka dapat berjumpa. Maklumlah.

        "Apasal awak tak call saya ha? Mesej pun tak balas. Awak tau tak betapa risaunya saya sebab awak langsung tak contact saya." Soal Kaila sebaik sahaja Sofia tiba di sana. Lama dia tunggu contact dari sahanatnya itu namum gagal.

       "Sorrylah babe. Sibuk sikit." Jawab Sofia dengan senyuman lebar. Sofia memberikan RM5 yang diberi Stephen tadi kepada Kaila.

     "Amboi lambat bebenor awak nak bayar hutang RM5 awak ye?"

     Sofia ketawa nakal. Tiba-tiba Kaila menunjuk ke arah Stephen yang berada tidak jauh dari mereka menggunakan bibirnya. Dia menyoal Sofia tentang siapa Stephen dan kenapa Sofia datang dengan dia tadi.

       "Kalau saya cakap, awak mesti akam terkejut beruk punya." Ujar Sofia memulakan bicara.

         "Try me."

          "Dia laki saya yang sah."

          Keadaan menjadi senyap. Kaila memandang ke arahnya dengan wajah yang blank. Beberapa minit berlalu dan akhirnya Kaila memberi respon dengan menjerit.

          "What! Awak biar betul? Takde angin, takde ribut, awak tiba-tiba kahwin. Dahlah tak jemput." Suara Kaila bagaikan merajuk terhadap Sofia. Siapa yang tak merajuk kalau bestfriend kahwin tak jemput langsung. Bagi tau pun tidak. Tup tup tup muncul, tiba-tiba dah ada laki.

         "Cerita dia panjang babe. Bukan saya tak nak bagi tau tapi tulah. Saya pun baru dapat tahu hal ni." Sofia berkata dengan raut wajah yang sedih. Tambah bingung Kaila dibuatnya.

         "Nantilah saya ceritakan. Jangan lupa malam ni datang dekat club biasa. Jangan lewat tau. Dah saya nak balik. Awak sambunglah kerja. Kang tak pasal-pasal kena pecat pulak." Sofia berkata lalu dia berlalu pergi dari sana.  Kata hatinya mengatakan yang bakery bukanlah tempat yang sesuai untuk dia memberitahu Kaila tentang hal ini. Baik ajak pergi club kan?

           Apabila Sofia sudah hampir dengan Stephen, Stephen berdiri lalu dia memegang tangan kiri Sofia dan berjalan beriringan dengan dia. Tangan kiri Sofia digenggam kemas dan lembut.

           "Sayang, jom beli cincin baru. Cincin lama dah hilanglah." Ajak Stephen. Dengan adanya cincin di jari manis, Sofia akan kelihatan lebih kepada gadis yang sudah berkahwin. Jadi takdelah jantan keparat nak rapat-rapat dengan dia. Kalau ada pun, maknanya lelaki tu nak kena telan bom.

           "Okay."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Francisco ( h i a t u s )Where stories live. Discover now