part 4

45 5 8
                                    

Author's P.O.V ~

7 bulan kemudian ...

Leya's mama as Puan Zura

Doc : Ikut jangkaan , Leya boleh sedar harini . Tapi , Leya masih belum sedar . Jadi , saya harap puan bawak bersabar sebab Leya sekarang dah ada tanda² dia nak sedar .
Puan Zura : Ouh begitu .. Tak apa lah . Terima kasih doc .
Doc : Sama² puan .

Puan Zura's P.O.V ~

Aku melangkah ke bilik dimana anak kesayanganku berada . Sebaik sahaja pintu dibuka , Leya yang terbaring kaku di atas katil hospital menerpa pandangan . Terus sahaja hati berubah sayu . Melihatkan satu-satunya anak perempuan yang aku ada dalam keadaan lemah begitu , sungguh terasa kepiluan mencucuk di hati . Sungguh , aku rindukan gelak tawanya yg selalu menghiburkan hati kami sekeluarga .

" Sayang .. Mama dah sampai .. Bila nak buka mata , sayang ? Mama rindu sangat dekat Leya .. Buka la mata dan pandang mama ni .. "

Tangan Leya mula bergerak . Dan seperti biasa , aku abaikan saja kerana baru² ni , Leya selalu menggerak gerakkan jarinya . Doctor cakap ia hanya sekadar tanda² .

" Mama harap sangat , bila Leya dah buka mata nanti , Leya boleh senyum dekat mama macam dulu . Mama nak peluk Leya kuat² , kalau boleh taknak lepas .. Mama rindu sangat dekat Leya . 7 bulan sayang , 7 bulan mama tunggu Leya buka mata . Tapi , sampai sekarang Leya xbuka mata lagi " .

Air mata yang mengalir diseka dengan hujung lengan baju .

" Leya xsayang mama ke ? Leya xrindu dekat mama ke ? Kalau Leya sayang dekat mama , rindu dekat mama , tolong buka mata sayang .. Mama rindu sangat dekat Leya .. Tolong .. Mama merayu .. "

Jari jemari Leya yang aku pegang dari tadi , aku lepaskan . Kedua dua belah tangan ditekup ke muka dan aku menangis .

Ya , aku menangis lagi . Tangisan aku makin menjadi jadi bila teringatkan segala kenangan² bersama Leya . Segala kenangan pahit , manis , masam , masin semua dicampur aduk bagai rojak . Ok gurau .

" erghhh "

Aku terkejut . Tangan yg menekup muka aku lepas perlahan - lahan . Dan bila mataku dibuka seluasnya , aku nampak Leya sedang memegang kepalanya dengan muka berkerut .

Puan Zura : Leya ?? Leya sayang ? Leya dah sedar ? Ya Allah sayang , mama rindukan Leya sangat² .. Leya okey ? Kejap , mama panggilkan doc .

Sebaik kaki aku mahu melangkah keluar , satu tangan memegang lengan aku sejurus menahan aku pergi .

Aku berpaling , Leya yg memegang tangan aku tadi .

Puan Zura : Kenapa sayang ? Ada apa² yang Leya nak ke ? Leya nak air ?


Leya : Tak , kau siapa ?

Votement ? 😂❤

Huehue .. Saja buat ending tergantung . Biar korang tertunggu tunggu🤣 hahah , part kalini pendek je sbb xberapa ada idea sbb dah lama xbuat wattpad ni kann . So , kalau ada salah tatabahasa tu , pandai ii jelaa , sbb i ni bukan pandai tatabahasa tata tata semua ni sangatt😂 k lahh , jangan lupa votee and commentt😘 Btw enjoyy😚

{OG} Lost Memory ~Where stories live. Discover now