PUISI UNTUK SAYA- HDH Ink

46 0 0
                                    

PUISI UNTUK SAYA Ditulis oleh HDH Ink.

Kaburnya kabus yang membuat kamu
Hilang seketika
Tiada lagi pagar hidup untuk
Melindungi kamu
Jadi kau membilang dunia itu sudah mati
Yang tinggal hanya sebuah mimpi
Yang terus berjalan
Kemana-mana tanpa sebaran melodi
Kau tahu itu hanya permainan dunia
Tapi kau menyertai mereka.

Padam lagi
Jadi semua kata- katanya tidak disambungkan
Bukan semua berguna
Yang boleh digunakan hanya satu dadu
Dunia dan permainannya
Jangan pernah disangkal watak-watak kecil
Mereka punya peranan
Baik hanya srikandi dalam mimpi beratmu.

Kau malah kalut
Terus kalut dan obsesi
Sama dirimu dan sama langit
Sama matahari kau malah mendekat
Katanya suka bahangnya memberi semangat
Seperti api dari mulut si naga yang tidak wujud
Wujud hanya dalam gambaran empat segi
Jadi kau tau'
Apa yang boleh kau tau'
Tidak akan pernah ada yang membilang pada dunia
Kalau kau layak menyiram si langit biru yang memang empunya langit.

Hari gelap tapi semuanya nampak beza
Gunakan warna kuning dan tampak langit jadi
Biru
Matahari seperti terbenam tapi memancar
Jangan salah erti
Yang satu lagi tidak semestinya sangkaan paling jitu
Belum pasti lagi
Dimensi kita cukup tidak sensasi
Jangan pertikai kalau kau masih saja sangsi
Perasaan tidak akan pernah berimaginasi.

Empat baris sudah
Tapi nyawanya hanya satu
Kalau payah difahami
Itu kerana ia bukan untuk difahami
Hanya sebutan yang disulami wardah
Tidak manis dan tidak pahit
Tidak masin juga tidak tawar
Semuanya untuk nikmat mata hari
Saraf tidak kesampaian
Jadi diamkan saja.

HDH Ink©️2018.

POETRY OF HDH InkWhere stories live. Discover now