Pemungut Nyawa-Hayley Dawn Harper
©HDH 2018Yang terpilih itu kamu
Berbaju hijau dengan tanda satu mata
Kau hilang arah
Lalu kau jatuh di gaung purba
Kau jadi artifak
Tapi menjadi secalit seni
Kau tumpahkan warna hitam
Dan kau menjadi pelangiLalu hari ini kau yang terpilih
Berbaju putih dengan kasut sneaker jingga
Kau benci dengan hidup
Lalu kau memilih untuk menodai sarafmu
Kau salahkan hatimu yang merah
Kau burukkan biru yang menjadikan dirimu hijauSelepas itu kau tetap yang terpilih
Nyawa mu akan dipungut selepas kau menoleh
Yang kau toleh itu Si baju hitam
Punya lesung pipit di pipi kanan
Dia akan tersenyum tapi dia akan mati kemudian
Kau tertawa tapi kau mengekori kematiannya
Lalu kau ingat kau siapa?Dunia memilih kamu
Dengan nama tulisan merah
Yang kamu lihat masih putih
Kamu mendongak ke arah matahari cerah
Lalu mata mu bocor dan terbakar
Kamu tidak menangis malah terus ingkar
Kamu lari tapi masih mati
Tiada jalan keluar
Kamu tetap di situ
Kamu kedu dan mati juga.Si pemungut nyawa
Kerjanya saban hari memilih kamu
Dia tidak pernah mengenal kamu
Hidupnya juga kelam
Seperti batu emerland tajam
Mutiara yang tidak diendahkan
Dia kejam tapi tetap terpendam
Dia pemungut nyawa dan kamu Si nyawa
Binasa.Terserah.
Kamu yang paling menyerlah.
Lalu dia memungut nyawa mu.
Setiap hari.