Coretan bunyi daripada hati

21 1 0
                                    

Coretan bunyi daripada hati- Hayley Dawn Harper
©HDH 2018

Bunyi itu muncul lagi
Ketika ribut taufan beralun dengan api
Nampaknya aku mimpi lagi
Yang pasti dasyat sungguh petaka ini

Lorongnya basah
Dasarnya pecah
Tanahnya merekah
Lautnya gagah
Langitnya parah
Pasirnya meredah

Bunyi itu muncul lagi
Kali ini di ufuk angin dari arah sepi
Kanannya belantara duri
Kirinya lautan belati
Apa aku salah jika terus berlari
Kerana jalan yang ada di hadapan seperti peri
Indah
Misteri
Suci
Cerah
Ahhh.. Syurga juga ada di sana?

Bunyi itu pergi juga
Lalu aku berpaling juga
Jauh tapi masih menduga
Yang datang siapa juga
Kenapa bunyinya begitu berbunga- bunga
Akhirnya aku yang terjaga
Lalu itu apa?

Bunyi itu kadang hilang lalu hilang
Seperti semangat yang mahu mati tapi gemilang
Tidak yakin sama yang dia bilang
Tapi aku yakin aku terbilang
Jauhnya aku menghilang
Tapi akhirnya.. aku tidak akan hilang.

POETRY OF HDH InkWhere stories live. Discover now