"Kakak... jangan nangis eh. Kakak nak apa tadi tu?" Ibra tidak tahu menahu akan babak rebut merebut iPad tadi. Sebentar tadi dia memang hanya fokus kepada perbincangannya dengan pembekal.
"Tatak nak daddy!"
Bulat mata Ibra mendengarnya. Lalu ketawa. Kenapa lain macam sangat permintaan Aleesya ni?
"Kakak nak 'daddy' nak buat apa?" soal Ibra lagi. Bersoal siasat. Apa puncanya tiba-tiba Aleesya nakkan seorang 'daddy'.
"Tatak nak tenok Taye Teko Tecil Didielah!" Aleesya tuding iPad yang sedang Hanan pegang dengan muka penuh berlagak dan sombong sebab ada iPad yang daddy dia belikan.
Ibra masih tak faham kaitannya.
"Butak tu takap daddy tiye beyikan kartun tu. Tatak tak ada daddy. Tatak nak daddy. Nanti daddy beyikan kartun!"
"Ooooooooo... okey faham." Panjang o Ibra. Laju Ibra mengangguk. Baru nampak kaitannya kenapa Aleesya tiba-tiba meraung dan minta 'daddy'. Saat itu Ibra terpandang Alisa yang sedang sibuk menghantar pesanan. Tak semena-mena, bibir senyum nakal.
"Kakak nak tak, paktik jadi daddy kakak? Nanti lepas paktik jadi daddy kakak, paktik belikan kartun tu."
Bulat mata Aleesya. Mengangguk laju-laju. Pantas mengelap sisa air matanya dengan kolar baju.
"Nak!!!"
Senyum nakal Ibra semakin lebar.
"Kalau kakak nak paktik jadi daddy kakak, kakak kena cakap dengan mama dulu. Suruh mama, kahwin dengan paktik. Barulah paktik boleh jadi daddy kakak dengan adik. Nanti bolehlah paktik belikan kartun yang kakak suka. Nak tak?" ujar Ibra. Sedang berdiskusi. Tawar menawar. Berjual beli.
Nanti lepas pak tik kahwin dengan mama, mama ada 'boyfriend' baru, tempat manja baru. Dan sambungan ayat itu hanya bermain dalam hati Ibra. Saja bergurau dengan diri sendiri. Menghiburkan hati. Sedangkan hakikatnya, semua itu mungkin takkan pernah jadi kenyataan pun.
Aleesya mengangguk laju. Faham.
"Otey! Tejap!" Pantas Aleesya berlari mendapatkan Alisa yang sedang duduk di kaunter pembayaran.
"Mama..."
"Ya, sayang. Kenapa kakak nangis tadi? Kakak kacau orang eh?"
"Mama... boyeh tak mama tawen dengan pak tik."
Soalan Alisa Aleesya tak sempat nak jawab. Kelam kabut nak buat permintaan agar mamanya kahwin cepat dengan Pak Tik Ibra supaya Aleesya boleh cepat-cepat tengok kartun yang dia suka.
"Hish! Kakak cakap apa ni?!" Alisa kerut dahi. Tak semena-mena seluruh wajah Alisa terasa panas. Merona merah jambu. Mencuri lihat kepada Ibra yang duduknya di meja tidak jauh pun dengan kaunter pembayaran. Dan lelaki itu tersengih nakal.
Cepat-cepat Alisa hala pandangan ke arah lain.
"Mama tepatlah! Tawen denan pak tik! Nanti tatak ate daddy. Nanti daddy beyikan tatak kartun Taye Teko Tecil! Cepatlah mama! Tawenlah! Tawenlah! Tawenlah tepat dengan paktik."
"Astaghfirullahalazim. Kakak! Jangan merepek bukan-bukan boleh tak?"
"Alaaaaa mama! Tawenlah tepat dengan paktik!Tatak nak daddy! Tawen sekarang jugak!"
Alisa renung Aleesya tajam. Apa dia ingat 'kahwin' tu boleh main order macam order Chicken Chop favourite dia tu ke? Alisa jeling Ibra sekali. Ibra ni pun satu hal. Pandai-pandai eh buat urusan 'jual-beli' dengan budak kecik ni? Aleesya pun sama. Dasar anak bertuah. Boleh 'korbankan' mama dia hanya untuk seketul iPad.
"Mama... tepatlah tawen! Tatak nak daddy!"
Dan ketika itu ada pelanggan yang ingin membuat bayaran.
"Dah kakak. Pergi main sana, main dengan adik. Mama nak buat kerja ni."
"Nanak! Mama tawen dulu dengan pak tik!" Jangan harap dia akan pergi selagi Alisa tidak turutkan kemahuannya.
Dan pelanggan tadi semakin dekat. Dan ada dua pelanggan lain dah mula bangun dari meja. Membuatkan Alisa menggelabah. Malu kalau pelanggan dengar permintaan bukan-bukan yang Aleesya buat."
"Ya! Nanti mama kahwin! Dah! Pergi sana!" Keras suara Alisa namun sehabis perlahan. Malu kalau orang dengar. Terpaksa iakan sahaja permintaan Aleesya agar 'kes ini ditangguhkan' seketika. Belum jatuh hukum lagi.
Lebar senyuman Aleesya menerima jawapan Alisa. Terbayang-bayang sudah dia akan memiliki sebuah iPad seperti budak perempuan tadi.
Berpusing, Aleesya mencari wajah Ibra Iskandar.
"Yeayyyyyyy!!! Mama nak tawen dengan pak tik!!! Yeayyy! Horaaa horeyyyy!!!" Aleesya menjerit sekuat hati sambil melompat girang.
Dan pengumuman Aleesya itu telah selamat didengari oleh seluruh 'rakyat jelata' Book Love Coffee Café yang ada di situ. Mengundang tawa ramai dek tercuit dengan telatah comel Aleesya.
YOU ARE READING
BUANG SEGALA TENTANG DIA
RomanceBUANG SEGALA TENTANG DIA telah diterbitkan. Untuk pertanyaan atau tempahan sila WhatsApp admin di talian 011 1106 7072 www.wasap.my/601111067072/wattpadbuangsegalatentangdia