Dah lebih 10:00 malam. Aleeyana dah pun tidur. Lena dalam dakapan Ibra. Terus Ibra hantarkan naik ke bilik. Tapi si kakak ni tak habis lagi tonton tv.
Alisa dah menjeling geram. Selalunya waktu macam ni memang Aleesya dah tidur. Tapi semenjak kebelakangan ni, semenjak dah lama tak ke kafe, jadual tidur Aleesya sedikit lari.
Lusa baru Alisa nak masuk kafe semula seperti biasa. Tak taulah macam mana. Sejak hari terakhir jumpa Zaid, Alisa dah block nombor lelaki itu sehinggakan tak ada satu pun yang mampu Zaid tembus untuk menghubunginya. Tapi menurut Jo, ada juga sesekali Zaid datang. Cuma lately, dah seminggu Zaid tak tunjuk muka
"Kakak... jomlah tidur. Mama dah penat ni! Esokkan kita nak keluar lagi kan? Nak beli beg sekolah? Kalau tak tidur nanti kakak tak boleh bangun awal, mama tinggal eh?!"
Lagi beberapa bulan je dah nak masuk ke tahun baru. Alisa merancang untuk menghantar Aleesya masuk ke mana-mana tadika lebih awal. Biar Aleesya dapat membiasakan diri dengan sekolah. Lagipun, masa Aleesya akan lebih terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan baik. Bolehlah dapatkan pendedahan awal, boleh belajar berkawan-kawan sebelum betul-betul masuk sekolah nanti.
Ibra setuju dengan perancangan Alisa. Aleesya pun dah tak sabar nak masuk sekolah, terus tak berhenti diratibnya di telinga Alisa dan Ibra.
'Nak beg tetoyah... nak beg tetoyah... nak beg tetoyah." Nak beg sekolah.
Walaupun lambat lagi nak masuk sekolah, Alisa bersetuju untuk belikan Aleesya beg sekolah, buat pembakar semangat.
Ibra menapak turun tangga. Baru sudah hantar Aleeyana naik atas, letak dalam baby cot.
"Kakak tengok cerita apa ni?" soal Ibra seraya melabuhkan punggung di kerusi tiga tempat duduk yang terletak betul-betul mengadap televisyen.
"Hantu Kak Yimah Balik Lumah!"
Nampak aje kecik dan comel si kakak ni. Tapi cerita kegemaran Aleesya adalah segala jenis cerita hantu. Dari yang paling seram sehingga ke hantu paling kelakar, semua Aleesya suka.
Kalau Alisa tengok cerita hantu, dah tutup mata dengan tapak tangan. Aleesya tak, lagi dia pergi dekat-dekat sampai hidung melekat dekat skrin tv!
Lagi suspens scene hantu tu, lagi dekat dia pergi. Lepas tu bila orang dalam tv tu menjerit tengok hantu, Aleesya akan ketawa terbahak-bahak. Geli hati benar gayanya. Dah macam bestfriend pula Aleesya dengan hantu tu.
"Kakak! Jangan tengok dekat sangat! Nanti rosak mata," marah Alisa.
Sementara Ibra bangun, menarik tubuh Aleesya yang berdiri dekat sangat depan televisyen. Ibra dudukkan Aleesya di sebelahnya. Iaitu ditengah-tengah antara dia dengan Alisa.
"Kakak... tak boleh tengok tv dekat-dekat. Faham tak? Nanti mata rosak macam mana?"
"Alaaa... tatak tak nampak yah!"
"Takkanlah tak nampak lagi. Besar dah tv tu."
Aleesya muncung bibir sedepa. Mulalah buat perangai bila tak dapat apa yang dia nak. Dan Alisa tahu, sekejap sahaja tu Aleesya akan duduk senyap. Tunggu sekejap lagi. Mesti dia bangun balik berdiri dekat dengan tv. Agaknya kalau boleh masuk dalam tv tu, lama dah Aleesya ikut hantu Kak Limah tu balik rumah.
"Daddy hantar baby biyik manye?"
"Bilik kakak dengan adiklah. Kan? Kakak kata nak tidur sendiri sebab dah nak sekolah. Kan?"
Aleesya senyum lebar. Mengangguk laju. Dari pagi tadi lepas sebut pasal nak masuk sekolah, Aleesya asyik ulang kata dia dah besar. Dah nak sekolah. Dah kena tidur sendiri. Tak boleh dah tidur dengan mama dan daddy.
YOU ARE READING
BUANG SEGALA TENTANG DIA
RomanceBUANG SEGALA TENTANG DIA telah diterbitkan. Untuk pertanyaan atau tempahan sila WhatsApp admin di talian 011 1106 7072 www.wasap.my/601111067072/wattpadbuangsegalatentangdia