"Baiklah. Kalau itu yang awak nak. Awak boleh stay dekat rumah sewa staf saya tu. Esok saya panggil orang datang cuci dulu. Rumah tu lengkap dah dengan perabot. Awak tak payah susah-susah fikir nak beli apa-apa."
Alhamdulillah. Alisa panjatkan kesyukuran. Mudahnya Allah bagi. Alisa tahu rumah sewa yang Ibra maksudkan. Agak jauh sedikit dari rumah pengasuh. Tapi tak apalah. Hanya perlu jalan kaki lebih sedikit sahaja.
Eh... kejap Alisa. Jangan lega dulu. Fully- furnished? Sewanya tentu berganda.
"Berapa sewa rumah tu sebulan, Encik Ibra?" Alisa mahu tahu. Menghitung-hitung gajinya yang lebih kurang seribu ringgit lebih. Bayar kepada pengasuh sahaja sudah dekat lima ratus ringgit. Umur kanak-kanak sebaya Aleesya lebih kurang dua ratus ringgit. Yang sebesar Aleeyana, tiga ratus ringgit. Itu belum lagi dengan ekstra caj apabila Alisa kerja lebih masa. Itu belum lagi soal makan minum. Pakaian mereka. Bil-bil lainnya. Sakit kepala!
"Tak payah bayar."
Bulat mata Alisa. Biar betul tak payah bayar? Ikutkan harga sewa rumah sekitar situ paling murah pun lima ratus ringgit. Itu rumah kosong, tanpa perabut. Kalau fully-furnished biasanya mahu cecah satu ribu ringgit.
"Takkan tak payah bayar langsung?"
"Yup. Tak payah. Awak duduk je rumah tu dengan anak-anak awak."
"Tapi Encik Ibra...'
"Alisa... please?" Ibra tak mahu Alisa menolak.
"Malu saya. Banyak sangat dah ni Encik Ibra tolong saya. Banyak sangat dah saya susahkan Encik Ibra. Macam mana saya nak balas semua budi encik nanti?" Alisa hembus keluh. Entah terbalas entah tidak semuanya. Gaji yang ada pun belum tentu cukup untuk dia dan anak-anak. Nak balas budi pula?
Ibra renung Alisa. Sembunyi senyum bila Alisa sebut tentang balas budi. Tak kisah langsung pun berapa banyak duit, berapa banyak masa atau budi pun yang dia curahkan untuk Alisa. Ibra tak pernah terlintas untuk minta wanita itu membayar semua setiap sen duit atau pertolongannya.
Tapi... kalau Alisa benar-benar mahu membayar, Ibra tak mahu dalam bentuk duit.
Ibra mahu Alisa. Ibra mahu anak-anak Alisa. Ibra mahu seluruh diri dan kehidupan Alisa. Dan Ibra janji, segala hutang budi Alisa, langsai!
Untuk tempahan novel : WhatsApp 011-1106 7072
YOU ARE READING
BUANG SEGALA TENTANG DIA
Roman d'amourBUANG SEGALA TENTANG DIA telah diterbitkan. Untuk pertanyaan atau tempahan sila WhatsApp admin di talian 011 1106 7072 www.wasap.my/601111067072/wattpadbuangsegalatentangdia