48 Hours of Crime?
Tenat. Sangat tenat. Pemimpin semakin lagha. Rakyat hilang kepercayaan. Itulah yang berlaku kepada dunia sekarang. Orang ramai berlari menyelamatkan diri apabila serangan bertubi-tubi dilepaskan secara berterusan oleh pengganas.
Ibu bapa meninggalkan anak-anak sementara menyelamatkan diri. Orang tua dipijak sewenang-wenangnya kerana sayangkan nyawa sendiri. Orang kurang upaya dibiarkan bersendirian kerana nyawa mereka dianggap sia-sia.
Badannya dilanggar oleh umat manusia yang berpusu-pusu mencari perlindungan. Sudah hilang belas kasihan di dunia. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi dari udara. Bom dilepaskan dimana-mana. Tiada lagi tempat selamat.
Samaada kau melarikan diri atau kau menjadi salah seorang dari mereka. Dunianya terasa kosong.
Dum!
Dia terkedu saat melihat figura yang dikenalinya rebah ke bumi sambil tersenyum meskipun ianya perit. Ibunya dibunuh oleh pembunuh jarak dekat. Dia dibunuh tanpa belas kasihan oleh mereka. Matanya tidak berkelip. Kakinya bagai digam ke tanah. Satu perkataan pun tidak dapat keluar dari mulutnya.
Tiba-tiba badannya ditarik oleh seseorang. Menyelamatkannya daripada terkena serangan dari udara.
"Kau bodoh ke?! Tak sayang nyawa? Atau nak ikut diorang?! Pilih atau mati!"
...
24 jam sebelum kejadian,
"Wendy, jangan balik lewat ya?" ujar ibunya yang berada di dapur. Wendy mengangguk seraya melangkah keluar dari rumah.
Udara segar dan nyaman itu dihirup. Penduduk bandar menyapanya dengan mesra, membuatkan pagi Wendy ceria. Satu senyuman terukir. Dia menuju kearah traknya dan mula memandu ke restoran makanan segera Wendy's. Kebetulan pula nama restoran itu sama dengan nama lahirnya. Lawak tetapi benar.
"Pagi Wendy!"
"Selamat pagi kakak!"
Beberapa jiran dan anak mereka menyapa gadis berambut merah itu. Wendy memang dikenali oleh setiap orang dikejiranannya itu. Bagaimana tidak? Sifat baiknya itu sudah disenangi oleh jiran-jiran sejak dia kecil lagi. Gadis berambut merah itu gemar menolong orang tidak kira betapa susahnya pertolongan itu.
Badan kecil tetapi berguna. Itu yang sering jiran-jirannya beritahu kepada keluarganya. Kadang ibunya risau. Wendy suka menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang tanpa memikirkan dirinya terlebih dahulu. Pernah sekali, dia hampir sahaja diletupkan hidup-hidup semasa menyelamatkan seseorang dalam kemalangan kereta. Terlewat sesaat sahaja, dia mungkin meninggal sewaktu kereta itu meletup.
Kata Wendy, biarlah dia sakit demi kebahagiaan orang sekeliling.
"Personal combo satu, Cik Wendy." Pesanan daripada pelanggan menyedarkan Wendy daripada lamunan.
"Baik." Dia segera menyiapkan pesanan dengan sepantas kilat.
Hampir separuh dari pelanggan mengenalinya. Boleh dikatakan, setiap kali dia bertugas di kaunter, barisan itulah yang paling panjang sekali. Mereka lebih gembar mengambil pesanan dengan Wendy. Entah kenapa, mungkin senang dengan senyumannya yang tak lekang dibibir.
YOU ARE READING
(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]
Action*** 48 jam? Mampukah kau bertahan hidup sepanjang 48 jam apabila dunia mengisytiharkan bahawa setiap jenayah tidak lagi salah disisi undang-undang. Pemimpin hilang kuasa, Pembunuhan berleluasa, Banduan dilepaskan, Perompakan berterusan. Huru-hara d...