Part 11

54 16 5
                                    


"Put that damn pistol down.. " arah Seulgi, dalam nada yang masih terkawal. Chanyeol mengejek cara percakapan wanita itu.

"Okay. But maybe after one or two shot, haha kidding... Unless?" Lelaki itu menghadiahkan senyuman sinis kepada Seulgi.

Secara tiba-tiba, lima das tembakan dilepaskan. Seulgi secara refleks menunduk untuk melindungi dirinya. Pada ketika itulah, Irene dan Chanyeol mengambil peluang untuk melarikan diri. Mereka menghancurkan tombol pintu dengan sekali tendang sahaja. Itu menyebabkan Seulgi terkunci dari dalam.

Mereka terus berlari dan cuba untuk menghubungi Kai dan Yeri.

...

Krystal keluar dari biliknya setelah mendapat panggilan penting daripada orang-orangnya. Ekspresi wajahnya nampak begitu sebal dengan berita yang didengarinya.

Pintu dihempas dengan kuat. Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa Krystal sudah menjauh, Wendy terus mengeluarkan tali yang berada di dalam beg galas kecil yang dibawanya. Hujung tali itu dilekatkan dengan magnet dan melekat pada dinding salur udara. Dia turun dengan lagak seperti seorang perisik yang profesional namun tak lama kerana dia terlupa untuk menurunkan kakinya terlebih dulu sehingga terjatuh.

Yeri menepuk dahinya saat melihat aksi Wendy yang agak cuai itu. Dia menjadi sangat risau dengan langkah Wendy yang seterusnya. Sesekali dia mengerling kearah Kai yang masih beremosi. Lelaki itu memerhati gerak-geri Wendy dengan begitu fokus. Bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh memarahi Wendy sekiranya dia tersilap langkah lagi..

"Pakai spek yang ada dalam boot kau.." Arah Yeri.

Wendy bingung.

"Spek apa?" soalnya. Dia mengurut belakang badannya yang terasa sakit itu sambil membelek kasut bootnya. Ada satu kawasan yang agak besar daripada kasutnya yang sebelah lagi. Zipnya dibuka. Terdapat satu kaca mata lutsinar di dalamnya.

Wendy memakainya di sebelah mata kirinya. Entah bagaimana, tangannya tertekan butang on dan satu paparan grafik muncul. Dia dapat melihat segala isi barangan yang terdapat di dalam almari bilik Krystal tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

"Scan dekat mana kunci tu berada.." arah Kai. Nada suaranya agak tegang.

Wendy cepat-cepat bangun dan mencari di sekeliling bilik. Dia membuka setiap satu almari sehinggalah ke bawah katil. Namun semuanya tiada disitu.

Sehinggalah saat dia terpandang satu lukisan besar di belakangnya. Gambar Krystal yang sebesar alam itu ditenung. Di belakangnya terdapat satu peti besi yang agak kecil jika hendak dibandingkan dengan lukisan yang sebesar dinding itu.

Gadis itu mendekati lukisan tersebut lalu menyentuhnya. Dia agak kagum dengan kecantikan Krystal. Maklumlah dia peminat gadis bangsawan itu.

"Ini bukan masanya nak tenung dia. Jumpa tak?" soal Yeri. Wendy kalut.

"Maaf-maaf!" ujar Wendy. Dia buntu bagaimana hendak menolak lukisan besar itu ke tepi agar dapat membuka peti besi tersebut.

"Ada peti besi belakang ni. Tapi tak boleh tengok dalamnya," ujar Wendy kepada Yeri. Dia bersandar pada lukisan tersebut.

Tiba-tiba, gerakan daripada badannya menyebabkan lukisan tersebut tergeser ke tepi. Wendy agak terkejut pada mulanya. Nasib baiklah dia tidak terkena serangan sakit jantung.

Peti besi itu tersembul di hadapan mukanya sekarang. Wendy ternganga kerana kagum. Tangannya menyentuh kunci peti besi itu. Ianya cuba untuk dibuka namun tidak berjaya kerana memerlukan kata kunci.

(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]Where stories live. Discover now