Loey dibawa ke mahkamah agung X-Factor dengan beratus tuduhan yang diada-adakan oleh ahli organisasi itu sendiri. Wajahnya bengkak kerana menerima pukulan yang cukup banyak semasa disoal-siasat oleh ahli X-Factor sendiri.Lelaki itu tidak memikirkan apa-apa lagi selain Wendy. Dia risau akan keselamatan gadis itu walaupun mereka baru sahaja kenal untuk dua hari. Serasa seperti sudah bertahun lamanya mereka bersama.
Loey dibawa menghadap pengasas sebenar X-Factor, Kristalina Georgieva Jung.
Wajah wanita itu menakutkan. Sudah tiada lagi air wajah seorang wanita yang sering dikenali sebagai murah senyuman. Semuanya setelah dia mengetahui bahawa penerus agendanya, satu-satunya anaknya Krystal Jung telah meninggal atas perbuatan pengkhianat yang diketuai Loey dan bekas ketua CIA, Irene Bae.
"Park Chanyeol, agen 001, adakah anda mengaku bersalah atas tuduhan mengkhianat X-Factor, bersekongkol dengan pengganas dan mengancam keselamatan X-Factor?" soal Kristalina.
Loey tersenyum sinis.
"Aku atau kau pengganas sebenarnya?" soal Loey semula. Matanya tajam merenung wanita paruh baya 40-an itu.
"Tidak dibenarkan untuk merenung ketua sebegitu!!"
Seorang anggota polis menyebat belakang Loey kerana berani menentang Kristalina. Loey menahan sakitnya. Dia mengerang.
"Aku tak pernah sudi masuk kumpulan bodoh ni! Kau paksa orang politik untuk ikut kau dengan rasuah! Kau paksa aku dengan bunuh keluarga aku hanya sebab aku handal dalam risikan! Kau bunuh ibu bapa Wendy sebab mereka pernah berkhidmat dengan presiden sebelumnya dan tahu pasal organisasi ni! Kau pengganas yang sebenar!" jerit Loey.
Kristalina diam. Dia membuka rambut palsu formal yang sering dipakai oleh hakim.
"Jadi?"
"Kau memang tak ada perasaan. Aku tak akan segan-segan hancurkan organisasi ni dan kembalikan dunia kepada keamanan! Duit tak akan bawa kebahagiaan!" balas Loey.
Kristalina turun mendekati lelaki itu. Sampai dihadapan Loey, tangannya naik dan menampar lelaki itu.
"Jatuhkan hukuman mati kepada pengkhianat. Pastikan mayatnya hancur dan abunya kau buang ke laut," arah Kristalina.
Dirinya sudah dikaburi dengan wang ringgit. Sifat kemanusiaannya sudah hilang.
"Kau lepaskan penjenayah-penjenayah ganas dari seluruh dunia untuk buat huru-hara. Kau fikir mereka akan tunduk pada kau selama-lamanya?! Jumlah mereka lagi banyak dari orang kau! Mereka tu tak bodoh! Lambat-laun, kau akan mati jugak di tangan salah satu dari mereka.."
Kristalina memekakkan telinganya. Dia perlu bersiap-siap untuk ke majlis pengebumian anak perempuannya.
"Lima jam dari sekarang. Bunuh dia. Dan kalau kau bertukar fikiran, kami mengalu-alukan kau, Loey Park."
...
Wendy menyandar pada kerusi. Dia duduk memerhati bandar yang kini semakin kucar-kacir dengan para penjenayah yang membuat kacau tanpa henti. Mereka semua sedang mencari dia, Kai, Yeri dan Irene.
"Tak payah kenang lagi orang tak guna macam si Loey tu.. Berani dia tipu kita.." ujar Yeri, geram. Wendy tidak membalas.
Dia rasa kecewa. Kecewa dipermainkan sebegini.
Wendy menyeluk sesuatu di dalam poket bajunya. Ini rantai milik Loey kerana ada nama lelaki itu terukir diatasnya. Bila masa pula ianya ada bersamanya? Dia meniliknya lama. Hujung rantai berbentuk huruf muzik itu seperti bentuk pendrive.
YOU ARE READING
(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]
Action*** 48 jam? Mampukah kau bertahan hidup sepanjang 48 jam apabila dunia mengisytiharkan bahawa setiap jenayah tidak lagi salah disisi undang-undang. Pemimpin hilang kuasa, Pembunuhan berleluasa, Banduan dilepaskan, Perompakan berterusan. Huru-hara d...