Part 9

69 16 15
                                    

Ada kekerasan ya masa nak habis nanti

...

Kereta yang digunakan itu diparkir berhampiran dengan bangunan. Kesemua ahli yang berada di dalam kereta dan bersiap sedia dengan peralatan mereka.

Mereka menyelinap melalui lorong-lorong gelap untuk menghampiri bangunan tersebut. Langkah demi langkah mereka lalui dengan berhati-hati.

Sampai di satu penjuru, Kai mengarahkan mereka untuk berhenti. Terlihat seorang penjenayah yang sedang bersantai sambil menghisap rokok. Di tepi lelaki itu terdapat satu bungkusan plastik hitam yang mencurigakan. Kai membuat andaian yang lelaki itu sedang berehat sebelum meneruskan kerja gilanya.

Dia menghampiri lelaki itu perlahan-lahan dan memukulnya dengan hujung senapang. Lelaki itu pengsan dan terjatuh ke dalam lopak air. Rokok di tangan terlepas.

Bungkusan plastik itu dibuka dengan perasaan tertanya-tanya. Alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat kepala seseorang berada di dalamnya. Mengerikan. Kai melempar jauh plastik itu sehingga ianya berhenti bersebelahan dengan puntung rokok tadi.

"Clear!" arah Kai.

Irene dan yang lain-lain mula bergerak. Mereka semakin dekat dengan bangunan bank itu.

Di hadapannya terdapat begitu ramai pengawal yang sedang berkawal sambil membawa senapang patah mereka. Kesemunya berpakaian sut hitam dan kaca mata. Nampak segak tapi menakutkan.

Irene mengarahkan Joy dan Wendy untuk pergi dahulu. Di tangan Joy sudah pun terdapat tali yang bakal mereka guna untuk memanjat bangunan itu. Wendy agak sedikit gementar namun Joy memberi semangat kepadanya.

Yeri dan Kai akan masuk melalui pintu belakang dan mencari menara kawalan setelah Suho berjaya mengalihkan perhatian para pengawal.

Manakala Chanyeol, setia berdiri di sebelah Irene sebagai pengawalnya.

"Aku gerak sekarang.." ujar Suho. Baru sahaja kakinya hendak melangkah, Irene memanggilnya semula.

"Good luck," ujar wanita itu. Suho tersengih. Dia mengangguk malu-malu. Kini, dia lebih bersemangat untuk menjalankan tugasnya.

Chanyeol ketawa sinis melihat adegan itu dan menerima jelingan maut daripada Irene. Mereka kembali fokus pada Suho. Lelaki itu menjerit memanggil pengawal-pengawal itu sambil melakukan pelbagai jenis aksi.

Para pengawal sepertinya sedang berkomunasi melalui earpiece. Mereka memandang satu sama lain dan tersengih. Kemudian satu demi satu mula mengejar Suho. Lelaki itu membawa mereka melalui sebuah bangunan.

Di mana bangunan itu sudah menempatkan segala perangkapnya. Dan perangkap itu telah disediakan oleh Jongdae terlebih dahulu.

Tanpa berlengah, Joy mula menembak pencangkuk yang diikatkan dengan tali. Pencangkuk itu hanya sampai sehingga ke tingkat 20 sahaja.

Gadis itu mula mengikat alat keselamatan pada Wendy dan dirinya juga. Mereka mula memanjat sementara pengawal tidak melihat. Pada waktu yang sama, Kai dan Yeri juga telah menyelinap masuk dan mendaki tangga ke tingkat di mana bilik kawalan berada.

Irene dan Chanyeol tiba di hadapan bangunan. Irene memegang senjata dengan penuh yakin dan mula masuk ke dalam bank itu.

Beberapa pengawal menoleh saat melihat mereka berdua masuk.

"Ola.." ujar Irene.

ddududududududu

Tembakan dilepaskan bertubi-tubi oleh Irene. Para pengawal tumbang ke tanah. Kebingitan daripada senapang tadi menarik perhatian pengawal lain. Irene dan Chanyeol berlari menuju kearah kiri bangunan. Bertentangan dengan tempat pengawal datang.

(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]Where stories live. Discover now