Part 12

60 13 8
                                    

"Kita kena alihkan kunci tu!"

"Dekat sini selamat!!"

"Kau tak faham ke diorang dekat sini?!"

"Tak! Aku cakap dekat sini selamat! Aku ketua kau dan ini arahan aku!"

Krystal menggertak Sehun. Membuatkan lelaki itu hampir hilang kewarasan diri. Dia begitu benci sekali apabila Krystal mula mengarahnya sesuka hati.

Ting!

Bunyi sesuatu yang jatuh mengalih perhatian Sehun dan Krystal. Keadaan menjadi sepi seketika. Kedua manusia itu berpandangan sesama sendiri.

Mereka memandang kearah lukisan gergasi yang berada ditengah-tengah bilik itu dengan penuh curiga.

"They're here.."

"I know can you just shut the fuck up?! This is all because of your stupid system fault!" marah Krystal. Sehun menggulingkan kedua bebola matanya. Menyampah dengan Krystal yang tak pernah mahu mengaku kesalahan sendiri.

Seorang Krystal yang menjengkelkan mampu menjerkah Sehun, ketua tertinggi yang ditakuti oleh ahli X-Factor. Tapi buat apa Krystal takut kalau dia adalah anak kepada pengasas X-Factor? Bermakna dirinya lebih berkuasa.

"Buat apa dekat situ carilah dia!" marah Krystal lagi.

Sehun mengeluh-kesah lalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

"Mari sini anak kucing aku tak akan apa-apa kan kau.." panggil Sehun dengan nada bosan. Dia menyelongkar ke dalam almari Krystal sehingga ke bawah katil untuk mencari Wendy.

Hampir satu bilik dicarinya.

Wendy yang berada di belakang langsir menekup mulutnya dengan kuat. Memastikan dirinya tidak bernafas dengan begitu kuat. Dia menyumpah dirinya kerana terjatuhkan syiling tadi. Macam mana boleh ada duit syiling dalam poketnya pun dia tidak tahu.

Kunci yang berada ditangannya itu disangkut pada rantai pemberian ibunya dilehernya. Ianya disorok di dalam baju agar tidak hilang.

Apabila Sehun mendekati langsir, lelaki itu berhenti dan membelakanginya.

"Nampaknya tak ada orang dekat sini.." ujar Sehun.

Krystal menayangkan wajah menjengkelkannya. Dia berdiri tegak sambil melipat tangannya separa dada. Menunggu arahan Sehun yang seterusnya.

"Maybe we should go..."

Belum sempat Wendy hendak menghembuskan nafas lega, langsir diselak dan tengkuknya dicekik dengan begitu kuat. Wendy terkejut sehingga tidak sempat untuk melawan.

Badannya diangkat tinggi ke udara lalu dilempar jauh. Dia mengerang kesakitan kerana belakang badannya terkena tingkap. Sakit sekali.

Krystal datang mendekat lalu menarik rambut Wendy dengan kasar. Gadis itu dipaksa untuk berdiri meskipun dirinya sedang dalam kesakitan.

"Penceroboh!"

Satu penampar diberikan oleh Krystal sehingga membuatkan Wendy kembali jatuh ke tanah.

Sehun menghalang Krystal dan mengarahkannya untuk ke belakang.

"Let me.." ujarnya. Meskipun dia benci dengan Krystal, tapi keutamaannya tetap pada gadis menyebalkan itu. Dia tidak boleh membiarkan Krystal cedera.

Kerana nyawa Krystal ibarat gaji bulanan baginya. No Krystal, No Allowance.

Sehun mengambil alih kerja. Dia mendekati Wendy dan cuba untuk mengangkatnya.

"Jangan dekat.." pinta Wendy. Dia mengesot untuk lari daripada Sehun namun lelaki itu memegang kakinya dan menariknya agar semakin dekat dengannya.

(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]Where stories live. Discover now