Part 13

61 14 11
                                    

"Kau buat ni sorang-sorang?" soal Irene di hadapan pintu. Dia dan Loey bagaikan terpaku.

Wendy menelan liurnya. Kemudian perlahan-lahan dia mengangguk. Loey tersenyum lebar. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia berbangga dengan Wendy. Irene menepuk tangannya kerana kagum.

Dum! Dum!

Bunyi tembakan kedengaran. Wendy melutut sambil menekup telinganya kerana terkejut. Loey berlari kearahnya lantas menariknya pergi. Mereka pergi kearah lif dan menunggunya tiba namun ianya terlalu lambat. Akhirnya mereka menggunakan tangga sahaja untuk naik ke tingkat atas.

Sepanjang berlari, Loey tak lepas dari memegang tangan Wendy. Dia perlu melindungi gadis itu kerana kunci kepada kebebasan berada padanya. Irene mengekori dari belakang.

Kedengaran bunyi tembakan semakin jelas. Irene menjenguk ke tingkat bawah. Seulgi datang bersama orang-orangnya. Dia tak boleh biarkan nyawa Wendy melayang. Dia perlu pastikan Wendy selamat sampai ke bilik kawalan.

"Loey! Kau bawa Wendy ke sana! Biar aku yang lawan Seulgi!" arah Irene. Wendy ditarik lagi bagai lembu dicucuk hidung. Dia menoleh ke belakang beberapa kali. Irene tersenyum memandangnya. Menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja dan mampu melawan orang-orang Seulgi sendirian.

"Semoga selamat..Irene.." ujar Wendy dalam hati. Mereka kini sampai di tingkat atas. Bilik tersebut agak moden dan dilapisi dengan dinding putih yang kalis peluru.

Seulgi berhenti daripada berlari. Dia bertemu lagi dengan musuh lamanya, Irene.

"Satu lawan satu.." arah Irene. Seulgi meletakkan pistolnya ke pinggang dan mula menyerang Irene.

Perut wanita itu disepak beberapa kali dengan lututnya. Membuatkan Irene senak. Kemudian badan Irene ditolak ke dinding.

"Dah sedia nak tinggalkan dunia?" bisik Seulgi. Irene ketawa sinis.

"Soalan tu..patutnya aku yang tanya kau!" Kepala Seulgi dihentak ke dinding. Badan Seulgi ditendang dari belakang sehingga dia jatuh ke tanah.

Orang-orang Seulgi pula diserang oleh Irene dengan begitu mudah. Mereka mati tanpa sempat untuk lari. Kawasan yang sempit tak menjadi masalah buat Irene kerana dia pernah berhadapan dengan situasi yang lebih teruk daripada ini.

Rambut Seulgi ditarik dengan kuat.

"Bangun!" arah wanita itu. Tak semena-mena, tangan Irene dipegang dan dia dismack down oleh Seulgi. Tulang belakangnya begitu sakit ketika ini kerana sedikit retak. Bunyi retakan boleh didengari saat dia dijatuhkan tadi.

Kepala Seulgi sudah pun berdarah kerana hentakan yang terlalu kuat di dinding tadi. Dia mengangkat Irene dan mengarahkan wanita itu agar terus bertahan dan melawannya.

"Aku ingat kau setanding dengan aku. Rupanya lemah! Tak seronok!" ejek Seulgi. Dia mengeluarkan pisau untuk membunuh Irene.

Belum sempat dihalakan ke leher wanita itu, Irene menggengam pergelangan tangan Seulgi. Dengan segala kudrat yang ada, tangan Seulgi dipulas dengan begitu kuat.

Pisau di tangan Seulgi terlepas. Matanya membulat kerana terkejut dengan kekuatan Irene.

"Dont mess up..with me! Kang Seulgi.."

Crack!

Jeritan nyaring Seulgi kedengaran. Pada waktu yang sama, Irene merampas pistol Seulgi dan menembaknya mati tepat-tepat dikepalanya.

Pistol itu jatuh ke lantai setelah Seulgi berhenti bernafas. Irene bersandar pada dinding, keletihan. Retakan pada tulangnya semakin teruk. Dia sudah tidak dapat untuk berdiri bahkan untuk bergerak.

(C)48 Hours of Crime [WENYEOL]Where stories live. Discover now