Bab 3

110K 534 32
                                    


Hajah Halimah masih termangu-mangu dihadapan pintu rumahnya. Sudah beberapa minit dia berkelakuan semacam itu. Hatinya berbelah bagi. Mahu masuk ataupun tidak. Dia keliru, masih risau dengan kejadian malam tadi. Adakah rumahnya yg bermasalah, ataupun dia sendiri yg menjadi punca gangguan semalam. Bagaimana kalau perkara sama terjadi lagi apabila dia masuk kedalam? Hajah Halimah semakin keliru. Sebagai seorang yg sudah berusia dan berasal dari kampong, dia sendiri sudah pasti sedikit sebanyak mempercayai perkara-perkara mistik. Namun ini kali pertama dia mengalami sendiri perkara sebegitu, walaupun dia seboleh-bolehnya mahu melupakan kejadian malam tadi.

Berfikir sejenak, Hajah Halimah akhirnya membuka pintu hadapan rumahnya itu, dan mulai melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Dia melihat bahagian dalam rumahnya , memerhati, memastikan tiada sebarang perkara yg aneh didalam rumahnya itu. Dia segera menuju kearah tingkap rumahnya, menarik, membuka setiap langsir dibahagian tingkap-tingkap tersebut, menjadikan segenap ruangan rumahnya itu diterangi dengan cahaya matahari.

Hajah Halimah menarik nafas lega, seolah-olah cahaya matahari yg memenuhi ruangan rumahnya itu dapat melindunginya dari makhluk yg menganggunya malam tadi. Itulah yg dipercayainya. Setelah dia yakin yg keadaan benar-benar selamat, dia mula kembali selesa untuk melakukan aktiviti biasanya. Dia mula kedapur, mula bersedia untuk memasak. Walaupun dia hanya tinggal bersendirian dirumah tersebut, dia lebih gemar untuk memasak sendiri dari membeli dari kedai. Menghabiskan masa lebih dari sejam, dia selesai menyediakan juadah tengah harinya. Sayur kobis, ikan kembung goreng dan sambal belacan.

Hajah Halimah kembali keruangan tamu rumahnya, melabuhkan bontotnya di sofa dan menekan alat kawalan jauh, menghidupkan TV dihadapannya. Rancangan bual bicara sedang bersiaran. Hajah Halimah merebahkan badannya diatas sofa tersebut. Rasa penat dan mengantuk mula kembali menyelubungi dirinya. Perlahan-lahan, Hajah Halimah mulai terlelap, mulai tertidur diatas sofa tersebut. Entah dari mana, seolah-olah sedang menunggu peluang seperti itu, dari hujung sofa, tetiba muncul asap kehitaman, nipis, namun memang jelas kelihatan, mulai bergerak menuju kearah bahagian kepala Hajah Halimah. Asap hitam itu berpecah kepada dua apabila mula melitupi kepala Hajah Halimah, yg kemudiannya perlahan-lahan mula memasuki kedua-dua lubang hidung wanita itu. Hajah Halimah kelihatan bergerak sedikit, agak gelisah dalam tidurnya, sehinggalah kesemua asap itu menghilang, memasuki lubang hidung wanita tersebut.

*****

Hajah Halimah termanggu-manggu. Melihat sekelilingnya. Semuanya kelihatan begitu aneh sekali. Cahaya lampu berbagai warna melimpahi sekeliling Hajah Halimah. Bunyi bising, music, kedengaran bergema kuat disekelilingnya. Hajah Halimah terus memerhati, melihat begitu ramai orang sedang menari, bercampur gaul, diantara lelaki dan perempuan,yg kelihatan berpakaian yg menjolok mata dan begitu seksi sekali. Terutama bagi wanita. Berpakaian ketat dan sendat, murah mempamerkan lurah tetek dibahagian atas, singkat dibahagian bawah, hanya menutupi beberapa inci sahaja dibawah bahagian bontot mereka. Ramai juga yg bahagian pehanya tertutup dengan stocking tinggi dan kaki mereka dihiasi dengan kasut bertumit tinggi.

Hampir kesemua mereka sedang berpelukan, berciuman diantara satu sama lain, langsung tidak menghirau diantara mereka, masing-masing tenggelam didalam nafsu. Disatu sudut yg lain, kelihatan mereka yg tidak menari sedang menghirup minuman pelbagai warna, sedang bergelak ketawa, seolah-olah sedang menikmati kenikmatan yg tidak dapat difahami oleh Hajah Halimah.

Seketika kemudian, Hajah Halimah sedar dimana dia berada sekarang. Dia pernah melihat tempat ini didalam rancangan yg pernah ditonton olehnya di kaca TV. Dia sedang berada di kelab malam. Sebuah tempat penuh maksiat. Macam mana dia boleh sampai kesini? Persoalan itu mulai bermain-main difikiran Hajah Halimah, kerana ini kali pertama dia masuk ketempat seperti itu. Dia terus menoleh kekiri dan kanan, mencari pintu keluar, namun hampa. Seolah-olah tempat itu seperti penjara. Kakinya mula melangkah, bergerak sendiri secara automatic, membawa dirinya mendekati bahagian dimana ramai sedang meneguk air pelbagai warna itu. Berhadapan dengan lelaki yg sedang menyediakan minuman, dia membuka mulut, ingin bertanya kepada lelaki itu dimana pintu keluar dari tempat maksiat tersebut, namun yg keluar dari mulut Hajah Halimah,

Bisikan NafsuWhere stories live. Discover now