Bab 4

91.6K 468 133
                                    


TINGG!!! TINGGG!!!

Rokiah menekan butang loceng pintu pagar besar dihadapan rumah Hajah Halimah. Ada perasaan bimbang didalam dirinya. Sudah beberapa hari dia tidak bersua muka dengan kawannya itu. Kebiasaannya, hampir setiap hari mereka berjumpa, berbual dan bergosip bersama-sama. Namun tidak untuk beberapa hari kebelakangan ini. Ada juga dia cuba berhubung dengan aplikasi sembang social, namun tidak berbalas. Begitu juga dengan panggilan telefon. Rokiah tidak menyalahkan Hajah Halimah kerana sebenarnya dia sendiri agak sibuk dalam 3, 4 hari ini. Anak bongsunya yg sedang menuntut di universiti pulang bercuti sejak 4 hari lepas dan banyak masanya dihabiskan dengan anak daranya itu. Namun Rokiah tetap bimbang. Bukan setakat tidak berjumpa dengannya, malah Hajah Halimah juga sudah 2 kali tidak hadir ke kelas agama di masjid. Sesuatu yg amat jarang berlaku, kecuali apabila hal-hal kecemasan timbul. Dan itulah yg merisaukan Rokiah.

TINGG!!! TINGGG!!!

Rokiah terus menekan loceng tersebut. Dia dapat melihat kereta Hajah Halimah yg berada didalam pagar rumah tersebut. Pagar grill dihadapan pintu depan rumah Hajah Halimah juga tidak berkunci. Dia yakin Hajah Halimah berada didalam. Cuma yg merisaukannya, ada sesuatu yg berlaku kepada kawannya itu. Dia cuba menolak jauh segala macam kerisauan yg bermain dimindanya sekarang. Kalau Hajah Halimah masih tidak menjawap dalam lima minit, dia merancang untuk memanggil jiran-jiran yg lain untuk memasuki rumah itu. Risau jika perkara yg tidak di ingini telah berlaku kepada kawannya itu.

Seketika kemudian, pintu pagar itu mula terbuka. Rokiah menarik nafas lega sambil langkahnya mula memasuki kewasan rumah tersebut. Sesampai dihadapan pintu hadapan rumah tersebut, pintu itu terbuka sebelum sempat Rokiah mengetuk. Dan disebalik pintu itu, kelihatan Hajah Halimah. Namun ade sesuatu yg aneh disebalik penampilan Hajah Halimah. Hajah Halimah kelihatan hanya memakai baju kelawar, seperti baru sahaja bangun dari tidur walaupun sekarang sudah menghampiri jam 12 tengahhari. Rambutnya kelihatan tidak terurus, tidak bertudung.

" Ehh Kiah. Ada ape yer?" tegur Hajah Halimah, perlahan. Ada riak terkejut bercampur risau diwajah Hajah Halimah.

" Salah ke aku datang rumah ko ni Limah?" balas Rokiah kembali. " Ko tu, tiga empat hari ilang, jadi aku datang la menjengok. Kot-kot ko sakit ke." Tambah Rokiah, sedikit kehairanan melihat riak wajah Hajah Halimah yg seolah-olah tidak senang dengan kehadirannya. Dalam masa yg sama, dia dapat menghidu sesuatu dari badan Hajah Halimah. Bau yg hanya wujud selepas seorang wanita melakukan hubungan badan dengan seorang lelaki. Namun itu mustahil, fikir Rokiah. Halimah sudah menjadi balu sejak 20 tahun lepas lagi dan dia kenal sangat dengan kawannya itu. Sangat mustahil bagi kawannya itu untuk melakukan maksiat ataupun hubungan haram. Dia segera menolak syak wasangka tersebut.

" Err..Ye-yer.. Aku.. aku tak sihat dua tiga hari ni." Jawap Hajah Halimah. Jelas sedikit gementar. Ada sesuatu yg cuba dirahsiakan.

Rokiah memerhati wajah Hajah Halimah yg kelihatan sedikit pucat, seolah-olah membuktikan yg kawannya itu dalam keadaan yg tidak begitu sihat. Tetapi dalam masa yg sama, dia dapat melihat perubahan halus diwajah kawannya itu. kedut-kedut diwajahnya seolah-olah semakin menghilang, membuatkan wajah kawannya itu tampak lebih muda dari beberapa hari lepas. Usia Rokiah dan Halimah tidaklah jauh berbeza. Hanya setahun sahaja, walaupun Rokiah sendiri tidak menafikan yg Halimah mempunyai raut wajah yg lebih menarik dari dirinya. Namun perubahan wajah Halimah itu tetap menimbulkan sedikit perasaan hairan didalam diri Rokiah.

" Eh, ko ni, taknak jemput aku masuk ke?" Tanya Rokiah kembali.

Hajah Halimah terdiam seketika. Ada bisikan halus ditelingganya. " Err.. Lain kali la Kiah. Aku tak sihat lagi ni. Selsema. Aku taknak nanti terjangkit dekat ko pulak.."

" Ko dah pegi klinik ke tak ni? Kalau belum, jom aku hantarkan."

" Aku.. Aku dah pegi semalam. Ko jangan risau. Apa kata ko balik dulu. Aku ingat aku nak rehat ni. Bila aku dah sihat, aku datang rumah ko yer Kiah."jawap Haliamh dengan tergesa-gesa. Jelas mahukan Rokiah supaya meninggalkannya bersendirian.

Bisikan NafsuWhere stories live. Discover now