Bab 13

49K 334 27
                                    

Jamal mengesat peluh didahinya. Matanya terus memerhati anak-anak buahnya yg sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan sekitarnya. Dia melihat jam tangannya. Sudah menghampiri pukul 12 tengahari.

" Mus...!!! Suruh diorang berhenti. Rehat, makan tengahari dulu. Lepas pukul 2 nanti sambung.." Laung Jamal, memberikan arahan. Dia tidak mahu anak-anak buahnya itu terlalu mengerahkan tenaga di waktu panas terik sebegitu. Sudah menjadi tugasnya untuk memastikan kebajikan anak buahnya, dan dalam masa yg sama, segala tugas yg telah diberikan oleh majikannya, dapat diselesaikan mengikut jadual. Memang tugasnya sebagai mandur atau site supervisor, menjadi orang tengah diantara pekerja dan majikan. Dan tugas itu dilaksanakan oleh Jamal dengan sebaik mungkin, walaupun kebanyakkan anak buahnya itu adalah pekerja asing. Boleh dikira dengan jari anak tempatan yg berkerja dibawahnya. Dua orang bekerja sebagai pengendali mesin berat, dan seorang lagi sebagai pemandu. Yang lain semuanya pekerja asing, majoriti dari Indonesia dan Bangladesh.

Jamal mula melabuhkan bontotnya dibawah pokok yg sedikit redup, sambil memerhati anak-anak buahnya itu mula berduyung, menghampiri bahagian belakang van pekerja, tempat makanan tengahari mereka disediakan. Nasi bungkus dan teh ais. Sesekali Jamal mengangguk, membalas teguran dari anak-anak buahnya yg melintas dihadapannya. Dia sendiri masih belum berselera untuk makan tengahari. Hanya bungkusan minuman yg berada ditangan, sesekali disedut olehnya, untuk menghilangkan rasa dahaga. Dia terus memerhati kelakuan anak-anak buahnya dan kemudian melihat kawasan yg perlu dibersihkan oleh mereka. Setakat ini masih didalam jangkaan rangka jadual kerja, walaupun mereka terpaksa berhenti beberapa hari lepas akibat hujan yg turun selama dua hari berturut-turut. Kalau mengikut jadual, kerja di kawasan itu akan siap dalam masa dua minggu lagi. Dalam diam, timbul sedikit rasa rindu kepada isterinya yg sedang berada dikampung.

Treeett!!! Treeett!!!!

Handphone Jamal berbunyi dari dalam kocek bajunya, segera dikeluarkan oleh Jamal, dilihat nama pemanggil di skrin handphone tersebut sebelum diterima panggilan itu.

" Assalamualaikum Mal.." Terdengar suara yg dikenali oleh Jamal dari corong suara handphonenya itu.
" Waalaikum Zak. Apa mimpi call aku ni?" Balas Jamal, sedikit bimbang. Ada sesuatu yg mula bermain didalam mindanya.
" Ni Mal, aku ade berita untuk ko. Aku tak tahu la penting ke tak." Terdengar nada serius dari kawannya itu, Razak.

Jamal terdiam seketika. Mukanya berkerut. Memang dia sudah menduga ada sesuatu yg mahu disampaikan oleh kawannya itu. " Berita ape Zak?" Jamal kembali bersuara, bertanya kepada kawannya itu.

" Macam ni Mal, dua hari lepas, ada mayat dijumpai kat area sini. Mangsa dijumpai meninggal didalam rumahnya sendiri. Rumahnya dilaporkan masih terkunci dari dalam, dan tiada tanda-tanda unsur jenayah berlaku. Hari ni baru dapat laporan autopsi. Dalam laporan ni, ianya hanya dikelaskan sebagai mati mengejut. Tapi aku rasa ade benda pelik sikit la Mal.." Razak mula bercerita.

" Pelik? Pelik macam mana tu Zak?"

" Bila aku baca balik laporan autopsi mangsa ni, keadaan dia hampir sama dengan mangsa yg ko tanya bulan lepas tu. Mangsa sama-sama sihat, tanpa sebarang penyakit, dan tiada sebarang kesan kecederaan dibadan. Sebab tu bila aku baca laporan ni, aku teringat kat ko. Sebab tu aku call ko ni." Razak terus bercerita. Dia sedar, kalau di ikutkan protokol, dia tidak boleh menyampaikan maklumat itu kepada Jamal, apatah lagi Jamal hanyalah orang awam, yg tiada kaitan dengan kes tersebut. Namun dia sudah kenal benar dengan kawannya itu. Bukan sehari dua mereka berkawan. Dia tahu, kawannya itu ada sebab yg tersendiri untuk melibatkan diri dalam kes tersebut.

" Terima kasih Zak sebab kasi tau aku. Tapi aku nak mintak tolong dengan ko lagi ni. Boleh tak ko kasi maklumat tentang mangsa ni?" Ada nada gusar didalam suara Jamal.

" Boleh je Mal. Ko jangan risau. Kejap lagi aku hantar maklumat tu. Tapi sebelum ko tanya lebih lanjut, sebenarnya aku dah siasat sikit pasal mangsa ni dengan mangsa yg lepas tu. Mengikut maklumat yg aku dapat, memang tiada kaitan diantara mereka. Cuma, mangsa terbaru ni pernah memberi ceramah kat masjid dikawasan rumah mangsa terdahulu sekitar tiga bulan lepas. Tapi tiada bukti yg mereka saling mengenali."

Bisikan NafsuWhere stories live. Discover now