Prolog

1.2K 56 2
                                    

Pada awal pagi yang tenang di rumah Tok aba, para elementel boboiboy dan Sue masih tidur dengan lena. Manakala Tok aba dan Ochobot sudah lama keluar pergi ke kedai Tok aba.

Di bilik Sue, kelihatan Sue mula bangun dari tidur. Sue mula bangun dan berjalan kearah bilik air lalu masuk ke dalam bilik air. Selepas selesai mandi dan pakai pakaiannya, Sue terus turun ke bawah. Kelihatan para elementel semua sudah berada di meja makan sedang menikmati sarapan pagi.

"Selamat pagi!" sapa Sue.

"Selamat pagi Sue!" sapa semula para elementels.

"Marilah duduk bersama kami dan makan sarapan sekali" ajak Thorn.

"Okay" balas Sue.

Sue terus duduk diantara Solar dan Halilintar. Gempa mengambil sepinggan nasi goreng lalu dihulurkan kepada Sue. Sue terus mengambil nasi goreng itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Gempa.

Mereka semua makan dengan tenang sekali. Tiada lagi pertengkaran di waktu pagi. Sejak Sue kembali, Halilintar tidak mengamuk lagi di waktu pagi. Taufan, Blaze dan Thorn sudah tidak kacau Halilintar di waktu pagi. Mereka akan kacau Halilintar apabila dah masuk waktu tengah hari.

Mereka semua terus membasuh pinggan masing-masing lalu keluar dari rumah menunju ke kedai Tok aba. Sue hanya diam sahaja. Sue memandang seorang demi seorang abang-abangnya. Dia mengetap bibirnya kuat. Tangannya digenggam erat. Selepas itu, mereka semua sudah sampai dan mereka mula menjalankan tugas masing-masing.

Semasa mereka selesai melakukan tugas masing-masing, Sue terus pergi berjalan-jalan selepas meminta izin dari Tok aba. Sue hanya termenung. Dia berjalan ke tepi hutan. Air matanya mengalir dengan deras.

"Maafkan Sue. Sue tak mampu. Sue tak sanggup nak tipu semua orang tapi Sue juga tak sanggup nak kehilangan semua orang. Sue masih nak jumpa lagi dengan semua orang. Sue tak nak kehilangan kalian" kata Sue lalu terduduk diatas tanah.

Dari jauh, seseorang memerhatikan Sue. Orang tu hanya tunduk memandang tanah. Hatinya sedih mendengar kata-kata Sue.

'Sue... Kalaulah aku boleh tolong kau ketika itu. Mesti kau tak perlu tanggung perkara ni. Kau tak perlu rasa sedih bila setiap malam berlalu. Tak perlu menipu mereka' bisik orang tu di dalam hati lalu pergi.

~bersambung

Hola!! Nia kembali lagi dengan series terakhir Maafkan ku, Boboiboy!!😆😆sorrylah kalau buat korang tertunggu untuk book ke-3 ni dan sorry sebab chapter ni sikit je🙇🙇kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye!😆💕

Maafkan ku, boboiboy 3: the dark secret ( Complete)Where stories live. Discover now