6 tahun kemudian
Disebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur, kelihatan seorang lelaki berlari di bahagian koridor menunju ke sebuah kelas. Apabila dia tiba dihadapan kelas, dia terus menundukan kepalanya.
"Maafkan saya kerana terlambat" ucap lelaki tersebut.
"Baiklah, kamu boleh duduk di tempat kamu sekarang" kata prof yang mengajar.
"Terima kasih prof" ucap lelaki tersebut.
Lelaki itu terus duduk di tempatnya. Sementara itu, pelajaran yang tertangguh tadi terus dilanjutkan semula sehingga waktu rehat. Apabila waktu rehat, lelaki itu terus mengemaskan buku serta alat tulisnya.
"Gempa!" jerit seseorang dari luar kelas.
Lelaki bernama Gempa itu tersenyum mendengar laungan itu mengambil begnya lalu berlari keluar.
"Hai Thorn!" ucap Gempa.
"Hai abang Gempa!" ucap semula Thorn.
"Jom kita pergi ke kafeteria. Mesti yang lain dah tunggu kat sana" ajak Gempa.
"Jom!" sahut Thorn.
Sepanjang perjalanan mereka, pasti ada pelajar mahasiswi memandang kearah mereka. Mana tidaknya, siapa tidak kenal para kembar Boboiboy yang hensem serta pandai.
Boboiboy Halilintar Hairi. Pelajar jurusan perniagaan. Seorang yang dingin, pendiam dan tidak terlalu terbuka dengan orang ramai. Boboiboy Taufan Zukafli. Pelajar jurusan ekonomi. Seorang yang ceria, suka mengusik serta nakal.
Boboiboy Gempa Azizi. Pelajar jurusan kedokteraan. Seorang yang baik hati, peramah dan suka membantu. Boboiboy Blaze Hanafi dan Boboiboy Ice Hanifi merupakan pelajar jurusan teknologi pengkomputeraan. Sikap mereka amat berbeza sekali bagai langit dan bumi. Blaze seorang pemarah, ceria dan nakal sementara Ice seorang pendiam, tenang dan suka tidur.
Boboiboy Thorn Zukifli serta Boboiboy Solar Zufairi pula pelajar jurusan seni & musik. Thorn pelajar yang handal melukis serta ceria, baik serta terlalu innocent. Solar pula pelajar yang hebat dalam nyanyian serta tarian. Dia seorang yang suka selfie, rajin serta bergaya.
Akhirnya, Gempa dan Thorn sampai juga di kafeteria. Ketika itu, ramai pelajar mahasiswa mahupun pelajar mahasiswi kerana sekarang ialah waktu makan tengah hari. Selepas beli makanan, Gempa dan Thorn duduk di sebuah meja panjang dimana yang berada sudah berada disitu.
Kawan-kawan mereka belajar di tempat yang berlainan dengan mereka. Yaya menyambung pelajaran di London manakala Ying pergi ke Australia. Gopal pula masuk ke universiti berdekatan dengan mereka. Fang pula menyambung pelajaran di universiti sains di Pulau Pinang.
"Lambatnya korang" kata Blaze.
"Sorrylah. Ramai orang tadi" kata Gempa.
"Lepas kelas, korang nak pergi mana?" tanya Halilintar.
"Aku, Blaze, Thorn dan Solar nak pergi mall kejap. Nak beli sikit keperluan sendiri" jawab Ice.
"Aku ada lagi kelas sampai pukul 4" kata Taufan.
"Kau pula nak kemana Gem?" soal Halilintar.
"Aku nak ke tasik. Nak melepak kejap kat situ" balas Gempa.
"Kalau gitu, aku pergi perpustakaan jelah" kata Halilintar.
"Nanti balik sekali boleh?!" soal Taufan.
"Jangan menjerit boleh? Dan ya... Boleh" jawab Halilintar.
"Sayannngggg Halilintar!" ucap Taufan.
Taufan terus memeluk Halilintar. Halilintar yang terkejut terus mencuba menolak Taufan. Sementara yang lain, ketawa melihat Halilintar dan Taufan.
Pada petang itu selepas habis kelas, Gempa terus memandu kereta ke tasik berdekatan universiti. Dia meletakkan keretanya di tempat parking kereta. Gempa berjalan-jalan lalu duduk di salah satu bangku yang ada.
Air matanya mengalir sedikit. Dia mengeluarkan sebuah serpihan permata bort dari poket seluarnya.
"Hisk... Hisk... Hisk... Sue... Abang rindukan... Adik" ucap Gempa.
Tiba-tiba, ada sepasang tangan mengelap air mata Gempa. Gempa terus tersentak lalu memandang pemilik tangan tersebut. Tergamam Gempa apabila melihat bayangan Sue dihadapannya.
"S-Sue?" tanya Gempa.
"Ya Gem. Ni aku" jawab Sue.
Sue kelihatan berbeza dengan penampilan dari biasanya. Rambutnya berwarna hitam berkilat. Matanya berwarna coklat kemerahan. Dia memakai gaun biasa berwarna putih bersih.
"Gempa... Janganlah bersedih lagi. Sudah 6 tahun berlalu" kata Sue.
"Tapi... Aku..." kata Gempa.
"Gempa... Aku tak sepenuhnya hilang. Kau masih boleh berkomunikasi dengan aku melalui permata ni. Aku juga tidak hilang dari hati kau juga" pujuk Sue.
"Sue... Berjanjilah untuk bersama kami" minta Gempa.
" Ya. Aku berjanji dan... Maafkan aku, Boboiboy" balas Sue.
"Kau tak salah dik" kata Gempa.
"Terima kasih abang" ucap Sue.
Sue terus menghilang dari pandangan Gempa. Gempa terus tersenyum. Dia terus bangun dan mula berjalan pergi sambil menyimpan permata bort semula ke dalam poketnya. Dia terus meninggalkan tasik itu dengan senyuman. Senyuman kegembiraan kerana berjumpa dengan orang yang tersayang.
The end
Macam mana semua? Akhirnya, series maafkan ku, boboiboy sudah tamat dengan 3 musim😆. Terima kasih kerana menyokong cerita ni!😭 Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Kita jumpa di buku akan datang! Bye!😘😘
YOU ARE READING
Maafkan ku, boboiboy 3: the dark secret ( Complete)
Fanfiction[Sambungan cerita dari Maafkan ku, boboiboy2: the last hope of element] Para boboiboy elementels telah hidup gembira bersama dengan adik kembar mereka Sue. Sue merupakan adik mereka yang paling bongsu. Dia juga mempunyai kuasa iaitu kuasa kristal da...