Chapter 6

340 31 1
                                    

Sue hanya mampu mengeluh melihat keadaan dirinya sekarang. Tangan kirinya sudah pecah manakala kaki kanannya juga mula retak. Sue tersandar pada dinding. Air matanya mengalir deras.

"Maafkan Sue kerana gagal melindungi kita semua" ucapnya.

Flashback- semalam

Sue berjalan pulang ke rumah kerana lelah selepas berlatih. Apabila dia sampai ke rumah, dia terserempak dengan Gempa yang tengah tengok tv. Sue terus duduk di sofa lain lalu memandang kearah tv.

"Gem" panggil Sue.

"Hm?" tanya Gempa.

"Buku nota sains kau ada kat atas meja aku" jawab Sue.

Gempa menganggukkan kepala lalu berjalan pergi ke bilik Sue. Dia tahu yang Sue sebenarnya suruh dia ambil bukunya kembali. Gempa terus masuk ke dalam bilik Sue. Dia menunju ke arah meja belajar Sue. Ketika dia nak ambil buku, dia ternampak sebuah bekas kaca yang dibawah meja belajar Sue.

Gempa terus mengambil bekas kaca tersebut dan membukanya. Dia agak terkejut ketika melihat ada permata di dalamnya.

'Ni permata Diamond, Yellow Diamond dan Zircon' bisik Gempa di dalam hati.

Gempa dari mula lagi berasa curiga tentang kemunculan Lunarian. Gempa mula mengkaji tentang permata yang mereka selalu jumpa iaitu permata Bort. Dari situ, dia dapat tahu tentang pelbagai jenis permata. Antaranya Diamond, Yellow Diamond, Zircon, Cinnabar, Amesthy, Ruby dan lain-lain.

Gempa juga jumpa sebuah kisah tentang Lunarian. Katanya, Lunarian merupakan pengumpul permata dari bulan. Mereka sering menyerang manusia yang diperbuat daripada permata untuk mendapatkan permata mereka. Manusia permata ini rupanya sebijik seperti manusia normal. Kita cuma akan dapat tahu jika kita terluka atau tercedera.

Jika manusia biasa, sudah tentu darah akan mengalir keluar dari tempat luka. Tetapi untuk manusia permata, tempat luka itu akan retak. Kita boleh lihat permata dari tempat luka tersebut. Manusia permata juga dikategorikan mengikut jenis permata mereka. Gempa sedar yang kemunculan Lunarian ada kaitan dengan manusia permata.

Gempa terus mengambil bekas kaca itu lalu turun kebawah. Dia nampak Sue masih setia menonton tv. Dia terus tutup tv membuat Sue memandang Gempa tajam.

"Apa ni?" soal Gempa.

Gempa menunjukkan bekas kaca itu kepada Sue. Mata Sue membulat besar lalu dia terus berdiri.

"Dari mana kau ambik?" tanya Sue.

"Jawab soalan aku dulu Sue!" bentak Gempa.

Gempa terus mencampak alat kawalan jauh tv. Alat itu terkena pada tangan kanan Sue. Terus tangan kanan Sue dan permata hitam kelihatan dari tempat retakan tersebut. Gempa terus tergamam begitu juga Sue.

"K-kau manusia p-p-permata?" soal Gempa terbata-bata.

Sue terus lari keluar dari rumah. Dia terserempak dengan para elementels yang lain. Bila mereka masuk rumah, mereka agak terkejut melihat Gempa yang terduduk di atas lantai bersama sebuah bekas kaca. Mereka terus meluru kearah Gempa. Gempa terus cerita tentang semua yang terjadi. Mereka juga turut terkejut tentang itu.

End flashback

Air matanya mengalir deras. Sue memeluk dirinya erat. Kakinya juga dilipat lalu dia menjerit sekuat yang dia boleh. Melepaskan apa yang terpendam di dalam hati.

'Maafkan aku' bisik Sue di dalam hatinya.

~ Bersambung

Hola semua! Macam mana untuk chapter kalini? Nia minta maaf sebab lama tak update sebab Nia malas sangat selepas PT3 ni😅😅entahlah kenapa kemalasan tu kuat sangat dalam diri. Okaylah, kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye!💕💕

Maafkan ku, boboiboy 3: the dark secret ( Complete)Where stories live. Discover now