Chapter 1

578 37 3
                                    

Keesokan harinya, Sue dan para elementels berjalan bersama-sama menunju ke sekolah. Sue hanya diam seperti biasa. Tiba-tiba, Gempa menegurnya.

"Sue" panggil Gempa.

"Hm? Kenapa Gempa?" sahut Sue.

"Tak ada apa. Saja tegur sebab Sue diam je" kata Gempa.

"Ouh... Tak ada apalah. Sue cuma tak tau nak kata apa je" balas Sue.

Akhirnya, mereka pun tiba di sekolah. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kelas. Kelihatan kawan-kawan mereka sudah sampai terlebih dahulu.

"Selamat pagi!" sapa kawan-kawan mereka.

"Selamat pagi juga!" sapa semula Sue dan para elementels.

Sepanjang hari itu, Sue hanya termenung memandang ke depan. Matanya ditumpukan kepada cikgu sedangkan mindanya ke tempat lain. Sue hanya fikir satu. Cuma satu perkara.

"Maafkan saya" kata seseorang dari luar kelas.

Semua tatapan terus menunju kearah orang tersebut. Cikgu terus memandang kearah orang tersebut.

"Ya, ada apa?" soal cikgu.

"Saya Zaki dari kelas sebelah. Saya diminta untuk panggil Sue azizi ke bilik guru sekarang" jawab Zaki.

Cikgu terus menganggukkan kepala lalu memandang kearah Sue. Sue terus bangun lalu keluar dari kelas.

"Terima kasih cikgu" kata Zaki.

Sue dan Zaki terus berjalan pergi. Mereka tidak pergi ke bilik guru sebaliknya ke taman belakang sekolah. Sue terus memandang kearah padang begitu juga Zaki.

"Aku tak mampu Zaki" ucap Sue.

"Aku faham tapi aku tak tau nak buat apa untuk bantu kau" kata Zaki.

"Dia ada bagi... Arahan?" tanya Sue.

"Belum. Cuma dia pesan supaya bersiap sedia" jawap Zaki.

Suasana terus menjadi hening. Kedengaran bunyi angin meniup sahaja bersama kicauan burung.

"Hey, Sue" panggil Zaki.

"Hm?" sahut Sue.

"Kau pasti nak lakukan misi ni? Kalau yang lain dapat tau?" soal Zaki.

"Aku tak boleh nak buat apa selain mengikut arahan. Aku tak nak kehilangan mereka" balas Sue sambil mengusap gelang kristal miliknya.

"Aku nak minta maaf sebab tak tolong kau masa tu. Kalau aku tolong kau, pasti kau tak terperangkap sekarang" kata Zaki.

"Tak perlu minta maaf Zaki. Kau kawan aku sejak kecil lagi. Aku faham kalau kau tak tolong aku masa tu. Masa tu keadaan amat berbahaya" kata Sue.

Zaki hanya menganggukan kepalanya. Sue menghela nafas lalu berjalan pergi dari situ. Dia terus menunju ke kelasnya semula. Zaki tetap diam di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup kearah rambut coklat gelapnya.

Setitis air matanya jatuh ke tanah. Dia menggenggam tangannya erat. Dia terus mengelap air matanya lalu berjalan pergi untuk masuk ke dalam kelas semula.

Sementara itu, Sue sudah masuk ke dalam kelasnya semula. Cikgu sudah lama keluar dari kelas sejak lima minit yang lalu. Sue hanya termenung sahaja. Dia masih terfikirkan perbualannya bersama Zaki.

Hatinya berasa tidak sedap. Dia dapat rasakan arahan seterusnya ada risiko besar. Risiko yang melibatkan orang-orang yang dia sayang. Dia harus bersiap-sedia untuk menentang kali ni. Kali ni dia harus hentikan semua kerja gila ni!

~Bersambung

Hola gais!! Nia ada disini😆😆 sorry sebab tak update pasal cerita ni. Nia tengah sibuk sikit untuk sebulan ni. Maklumlah, Nia ni nak ambik PT3 tahun ni kannn😩😩apapun! Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!!💕💕

Maafkan ku, boboiboy 3: the dark secret ( Complete)Where stories live. Discover now