Mereka semua berlari ke kawasan lapang berhampiran dengan hutan. Sue kata dia akan aktifkan kesemua permata yang dia ada di situ dan dia tidak mahu ada orang awam yang tercedera. Tiba-tiba, Leo muncul di hadapan mereka dengan sebilah pedang.
"Kau...!" kata Sue menahan amarah.
"Hahaha!! Apa yang korang cuba buat hm? Kalahkan aku? Mustahil!" kata Leo.
"Tak ada yang mustahil dalam kehidupan ni!" balas Halilintar.
Terus mereka semua menyerang Leo. Sementara itu, Sue mula menyusun permata untuk diaktifkan. Leo seorang yang pantas kerana mereka agak kesulitan untuk berlawan dengan Leo. Seorang demi seorang jatuh melawan Leo. Leo berlari pantas kearah Sue. Sue yang menyedari tentang tu, terus mengelak.
Leo terus menyerang Sue dan Sue terus mengelak. Dia tidak boleh munculkan pedangnya kerana dia perlukan permata pedangnya untuk mengaktifkan kesemua permata. Tiba-tiba, Blaze serta Ice muncul dari entah mana menyerang Leo. Thorn dan Solar juga menyerang Leo dengan serangan mereka.
"Sue! Cepat aktifkan permata tu semua!" jerit Solar.
Sue menganggukkan kepala. Dia terus mengaktifkan kesemua permata. Sebuah cahaya terang muncul dari permata tu semua. Kemudian, sebuah pedang berwarna pelangi dengan di tempat pemegangnya terhias satu permata bort. Sue mengambil pedang tersebut lalu menyerang Leo. Leo terus mengelak kerana kalau terkena dia akan hilang terus.
"Kau fikir kau boleh menang ke hah?!" tanya Leo dengan senyuman jahat.
Mereka boleh nampak Leo menolak Sue sehingga jatuh. Mereka agak terkejut dengan tindakan Leo. Sue terus bangun perlahan-lahan. Kaki kirinya mula retak. Sue mencapai pedang tadi.
"Aku mesti... Aku mesti menang untuk mereka semua!" jawab Sue.
Rambut dan mata Sue berubah kepada warna permata bort. Sue terus berlari lalu menyerang Leo bertubi-tubi.
"Kau pengkhianat! Kau musnahkan Camilia! Kau musnahkan Rin dan Ryan! Malah kau musnahkan kawan baik aku! Kau musnahkan Zaki!!" kata Sue penuh kemarahan.
Sue menendang Leo kuat sehingga lelaki itu terpelanting. Sue berjalan kearah lelaki itu perlahan-lahan.
"Kau pengkhianat... Selepas apa yang mereka dah buat untuk kau, kau bunuh mereka. Kau hancurkan mereka. Kau juga cuba musnahkan aku... Sungguh kelakar apabila ingat yang kita semua pernah berkawan baik" ucap Sue.
Air matanya mengalir sehingga menitis pada pedangnya. Permata bort yang berada di pemegang pedang itu mula bercahaya.
"Aku... Akan balas balik apa yang kau dah buat!" jerit Sue.
Mereka semua mula bangun. Mereka terus mengeluarkan serangan kuat masing-masing. Sue serta mereka semua menyerang Leo secara serentak.
"Arghhh!!!" jerit Leo.
Leo terus hilang akibat serangan terkuat itu. Sebaik Leo hilang, pedang Sue terus pecah begitu juga Sue.
"Sue!!" jerit para elementels.
Mereka semua berlari kepada Sue. Mereka dah terlambat. Sue dah pecah sepenuhnya hanya tinggal serpihan permata bort sahaja yang ada. Gempa mengambil salah satu permata itu lalu memeluknya. Air matanya mengalir deras.
"Adik!!!" jerit Gempa.
~Bersambung
Kukukuku.. So how?😂 kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye!😘😘
YOU ARE READING
Maafkan ku, boboiboy 3: the dark secret ( Complete)
Fanfiction[Sambungan cerita dari Maafkan ku, boboiboy2: the last hope of element] Para boboiboy elementels telah hidup gembira bersama dengan adik kembar mereka Sue. Sue merupakan adik mereka yang paling bongsu. Dia juga mempunyai kuasa iaitu kuasa kristal da...