━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
To: Kookie.
Orang kata, pintu akan terbuka
hanya dengan satu ketukan. Knock-Knock~
Tapi, tak perlu untuk saya,
awak ketuk kepala orang lain
tiba-tiba pintu hati saya pula terbuka
hanya dengan melihat tindakan awak.~Adoring you,
Strawberry Princess━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Muka Jungkook berkerut. Gila jiwang pelik. Kemudian, dia tersenyum. Dia tetap suka dengan perkataan itu.
"Ketuk? Macam mana tu?"tegur seseorang dari belakang Jungkook.
"Ahh!"terjerit lelaki itu. Kejutnya bukan kepalang.
Jungkook terus berpaling ingin melihat gerangan yang tiba-tiba mengacau moodnya itu. Sumpah seranah dah tersedia di dalam kepala untuk dihamburkan kepada si dia.
Namun, bila terpandangkan wajah si dia. Jungkook terus tersenyum. Tak jadi nak marah.
"Oh, Chaeyoung-ssi!"tegur Jungkook sambil mengusap kepala gadis itu.
"Yah (Hei)! Don't call me Chaeyoung! Call me Rose!"
Jungkook memutar bola matanya. "Aduh, dah keluar dah English dia tu."
Rose mencerlung ke arah Jungkook.
"Biarlah! Nama sebenar Chaeyoung kan, Park Chaeyoung."balas Jungkook tak mahu kalah.
"I don't care! Call me Rose or I will kick you where sun doesn't shine!"ugut Rose sambil menghalakan jari telunjuknya ke muka Jungkook.
Jungkook terus mengangkat kedua-dua tangannya mengaku kalah. "Okay, Okay. Rose then!"
Muka Jungkook sudah pucat. Gila tak takut bila dia kata nak sepak tempat 'special' dia. Cari maut tu! Tak pasal-pasal mandul nanti.
"Guess what."kata Rose tiba-tiba.
"What?"tanya Jungkook malas.
"Saya akan tinggal di Korea! Bersekolah di Korea! Jadi, saya tak perlulah susah payah melawat awak dari jauh lagi. Kita boleh jumpa hari-hari!"jerit Rose dengan teruja.
"Australia, macam mana pula. Appa (Ayah) awak tak apa-apa ke?"tanya Jungkook risau.
"Appa bagi kebenaran."
Jungkook hanya tersenyum. "Baguslah kalau macam tu."
YOU ARE READING
ADORING YOU │ j.jk. x s.cy. ✓
FanficSemuanya bermula dengan satu kertas yang dinamakan surat cinta. Buka sahaja laci meja, pasti dia akan dapat satu surat. Namun, dia tidak tahu siapa gerangan yang memberi surat itu kepadanya. Yang dia tahu, semuanya pasti akan berakhir dengan, ❝Adori...