━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
To: Kookie.
Saya nak bagitahu awak,
yang saya betul-betul gembira.
Gembira sangat-sangat dan
semuanya kerana awak.
You make me fall in love with you twice. ≧∇≦ ~❤︎By the way...
Red for heart,
Blue for ice,
As sweet as tart,
When I fall for you twice. ❤︎Adoring you,
Strawberry Princess.━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Jungkook tidak tahu nak beri reaksi apa. Dua sahaja perasaannya sekarang. Gembira dan keliru.
Dia gembira bila penulis surat itu jatuh hati buatnya sekali lagi malah penulis tu siap warnakan lagi bentuk love tu. Dengan warna merah terang pula tu, gila tak gembira. Dia gembira! Dia teramat gembira sehingga dia teringin nak balas surat tu cuma dia tidak tahu macam mana. Dia nak sangat tahu siapa Strawberry Princess tu.
Kelirunya pula, apa yang Jungkook buat sehingga si dia begitu gembira. Apa yang dia buat? Jungkook ligat memikir apa yang dia buat sehingga penulis itu begitu gembira.
"Jauh termenung?"tegur seseorang dari belakang Jungkook.
"Ahh!" Jungkook terkejut dek teguran tersebut bukan main lagi. Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan-lahan.
"Jangan buat macam tu, boleh tak, Rose?"marah Jungkook. Kemudian, senyuman kecil dihadiahkan.
Rose di belakang hanya ketawa terbahak-bahak.
"Apa-apa jelah. Jom balik seka-... Kejap!" tidak jadi Rose meneruskan kata-katanya apabila matanya menangkap kertas dalam genggaman Jungkook.
"Kertas apa ni?"tanya Rose lalu merampas surat daripada tangan Jungkook.
Rose membaca isinya. Mukanya berubah cemberut. Kemudian, bola matanya diputar bosan. Cemburu.
"Tolonglah, dia ni memang pengecut agaknya sebab tulah cuma berani kacau awak hanya dengan cara budak-budak ni."kutuk Rose.
Senyuman sinis terbit. Tanpa banyak soal, laju sahaja kertas itu dikoyak sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. "Jangan bagi harapan sangat dekat pengecut ni!"
Cebisan-cebisan kertas itu dilempar ke lantai dengan tidak puas hati. Tidak cukup dengan itu, dijijaknya pula cebisan-cebisan kertas itu tanda bencinya dia.
Jungkook mula berasa panas. Mukanya jelas menunjukkan riak marah. Mata putihnya berubah merah. Urat-urat tengkuk dan tangannya tegang tambah dengan timbul-timbul. Memang gaya dan tak sabar nak hayun penumbuknya.
"Kau pergi sekarang!"jerkah Jungkook.
Rose terkejut.
"Mwo? (Apa?)" Rose terpinga-pinga.
"Aku kata keluar, lah! Berambus!"jerit Jungkook lantang. Boleh rasa bergegar dah kelas tu. Mujurlah hanya tinggal beberapa pelajar sahaja yang masih belum pulang.
Yugyeom yang baru kembali dari tandas terus menarik Rose menjauh daripada Jungkook. Ya, dia sempat dengar tengkingan amarah Jungkook dari luar kelas lagi.
Jungkook meramas rambutnya kasar. Mata dipejam celik beberapa kali. Tanpa berfikir dua kali, laju sahaja dia mencangkung sambil tangannya mengutip cebisan-cebisan kertas itu. Kenapa surat yang special juga yang mesti jadi mangsa Rose?
"Argh!"dengus Jungkook masih marah.
Cebisan kertas itu dikutip tidak tinggal sehelai pun. Semuanya dimasukkan ke dalam beg.
Tidak jauh, seseorang sedang memerhati sejak tadi. Air matanya mengalir melihat kertasnya yang dikoyak dan dipijak macam sampah. Air matanya juga mengalir melihat Jungkook. Terharu kerana Jungkook sanggup mengutip dan simpan semula tetapi, dia kasihan melihat tekanan yang dialami si dia sebentar tadi. Jelas sangat yang lelaki itu memang marah dan sedih.
Rakan-rakannya setia menepuk bahunya bagi memujuknya.
"Chae-ah, janganlah menangis. Please stop crying."
YOU ARE READING
ADORING YOU │ j.jk. x s.cy. ✓
FanficSemuanya bermula dengan satu kertas yang dinamakan surat cinta. Buka sahaja laci meja, pasti dia akan dapat satu surat. Namun, dia tidak tahu siapa gerangan yang memberi surat itu kepadanya. Yang dia tahu, semuanya pasti akan berakhir dengan, ❝Adori...