"Aku rasa aku tahu siapa Strawberry Princess tu."kata Yugyeom dengan mata yang membulat.
"Siapa?" tanya Jungkook. Sungguh dia ingin tahu siapa gerangan si dia yang menjadi peminat rahsianya selama ni.
"Dia tu."tunjuk Yugyeom ke arah seorang pelajar perempuan yang dimaki oleh Rose.
Namun, ianya sia-sia kerana Jungkook tak nampak. Dia bukannya tinggi macam Yugyeom. Jungkook bersusah payah untuk melihat gerangan yang ditunjuk oleh Yugyeom tapi tidak berhasil kerana terlalu ramai pelajar yang berkumpul.
"Apa yang korang buat berkumpul dekat sini?!" jerkah seorang guru lelaki.
Cepat-cepat pelajar berlari masuk ke dalam kelas masing-masing. Hanya tinggal Rose dan seorang lagi pelajar perempuan dia koridor itu.
Yugyeom cuba untuk menarik Jungkook supaya masuk ke dalam kelas tetapi Jungkook sudah pun pegun di tempat dia berdiri. Akhirnya dia nampak kertas-kertas dan sampul surat yang berterabur itu setelah suasana tenang daripada kerumunan pelajar. Sungguh banyak. Jungkook kelu. Kertas-kertas itu pula penuh dengan tulisan.
Matanya menangkap satu helaian kertas yang bertulis yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
To: Kookie
Even you are not mine.
I'm always yours.Apa yang orang cakap tu betul.
Cinta pertama selalunya gagal.
Saya dah gagal.Forever and always,
Adoring you,
Strawberry Princess━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Jungkook melihat pula dua gadis yang berhadapan sesama sendiri.
"Kenapa kertas berterabur ni? Apa masalah korang sampai nak buat sampah dekat sekolah ni?"
"Ini bukan saya punya, cikgu! Ini Son Chaeyoung punya kerja!" laju sahaja Rose berkata kemudian berlari masuk ke kelas.
"Son Chaeyoung, ini semua kamu punya ke?!"tanya guru itu sambil menunjukkan ke arah taburan kertas dan sampul surat di lantai.
Chaeyoung hanya mengangguk sebelum perlahan-lahan duduk dan mengutip helaian kertas bersama jujuran air mata yang mula membasahi pipinya.
"Bersihkan cepat-cepat!"arah guru itu.
"Hah kamu disana kenapa tak masuk ke dalam kelas?!"tegur guru itu kepada Jungkook. "Masuk!"
Jungkook perlahan-lahan meninggalkan tempat itu, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu meninggalkan perempuan itu.
Strawberry Princess tu Chae Si Sombong. Son Chaeyoung...
YOU ARE READING
ADORING YOU │ j.jk. x s.cy. ✓
FanfictionSemuanya bermula dengan satu kertas yang dinamakan surat cinta. Buka sahaja laci meja, pasti dia akan dapat satu surat. Namun, dia tidak tahu siapa gerangan yang memberi surat itu kepadanya. Yang dia tahu, semuanya pasti akan berakhir dengan, ❝Adori...