━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
To: Kookie
Your heart is precious,
Am I have a place in it because it is too special?Your eyes is like an ocean.
Am I have a place to stand at your side?Si dia dah mulakan langkah pertama...
Should I do it too?Saya nak berjumpa awak depan-depan tapi
saya risau saya akan malukan diri sendiri.Please send me a signal so I can make my first move
on you, if you like... I'm in same class as you.Adoring you,
Strawberry Princess.━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Jungkook berdiri tegak. Yugyeom disebelahnya ditepuk beberapa kali untuk menarik perhatian rakannya itu. Senyumannya menghiasi bibir dan tidak mati.
"Yuggy! Dia nak mulakan first move! Macam mana aku nak bagi dia signal?"kata Jungkook dengan teruja.
Yugyeom melihat Jungkook kehairanan. "Apa kebenda kau cakap ni?"tanya Yugyeom yang masih tidak mengerti dengan kata-kata luahan daripada Jungkook.
Jungkook mengeluh melihat Yugyeom.
"Kau ingat tak pasal secret admirer aku? Strawberry Princess."tanya Jungkook lalu menunggu respon daripada rakannya itu.
Yugyeom mengangguk. Memang dia tahu sangat. Ingat dia tak perasan ke kalau rakannya itu hari-hari baca surat cinta daripada Strawberry Princess.
"Dia minta aku bagi petanda kalau dia boleh dekati aku."kata Jungkook sambil tersengih.
Tiba-tiba, Jungkook berdiri di atas kerusi dengan semangat.
"I give you a signal to make your first move!"jerit Jungkook sambil melompat turun daripada kerusinya.
Seisi ruang kelas mentertawakan Jungkook yang terlebih gembira hari ini. "Ok, aku dah bagi petanda. Aku pasti akan menunggu si Strawberry Princess ni."
Yugyeom merenung wajah gembira Jungkook.
"Macam mana dengan Rose? Dia tunggu kau bagi jawapan kepada perasaan dia."
Jungkook mula terdiam. Senyumannya menghilang.
YOU ARE READING
ADORING YOU │ j.jk. x s.cy. ✓
أدب الهواةSemuanya bermula dengan satu kertas yang dinamakan surat cinta. Buka sahaja laci meja, pasti dia akan dapat satu surat. Namun, dia tidak tahu siapa gerangan yang memberi surat itu kepadanya. Yang dia tahu, semuanya pasti akan berakhir dengan, ❝Adori...