Malam ini, tangan si gadis itu masih lincah menulis diari miliknya sambil dia merenung ke luar tingkap bilik yang menampakkan manusia yang masih sibuk dengan hal dunia.
Manakala, si gadis pula yang fikirannya telah jauh melayang masih lagi memikirkan kisah lalu yang terlalu besar untuk dilenyapkan dari diari kehidupannya.
Apa yang dicoretkan gadis itu di dalam diarinya tidak lain; hanyalah kata-kata semangat yang ditulis sendiri. Tapi ironinya, ianya juga sebagai pemujuk hati sendiri.
Gadis itu tahu, bahwa manusia itu nafsunya tidak pernah puas. Kalau hari ini dia merasa dia sudah cukup tapi hari esok belum tentu dia akan merasa cukup.
Dari situ si gadis mulai mengerti. Setiap manusia yang hadir dalam hidupnya, tidak harus dia letakkan harapan yang tinggi pada tiapnya.
Gantung lah pengharapan itu pada yang selayaknya. Kerana menggantung harapan pada manusia itu ibarat seperti kuntuman mawar. Hari ni ia mekar, esok ia layu-layuan.
Dan pengakhiran kepada sebuah pengharapan pada manusia itu kadangnya memang suatu yang menyebalkan.
Sambil mengesat air mata yang tak henti mengalir, gadis itu gagahkan juga dirinya agar ayat yang sedang ditulisnya, lengkap.
Satu perkara yang gadis itu sentiasa pegang ialah; tidak layak untuk dia mengatakan orang itu jahat, dan orang ini baik kerana dia juga manusia.
Bagi si gadis, cukuplah sekadar doa dan ingatan buat semua orang yang pernah hadir dalam hidupnya agar sentiasa senang dan selalu bahagia.
Buku diari yang tebal kulitnya itu ditutup lalu dipeluk oleh si gadis. Dalam esakan tangis yang mulai perlahan, gadis itu pun terlena.
Selamat Malam.
YOU ARE READING
Gadis Chuck Taylor
Non-FictionKerana kehidupan itu sendiri seperti sebuah perjalanan, yang mana di dalamnya punya pelbagai kisah dan cerita yang kadang tak terungkap di mulut dan tak tertulis di jari.