Malam ini yang asalnya baik-baik belaka, tiba-tiba musnah akibat teringakatkan kembali akan peristiwa lalu. Peristiwa yang telah mengubah sepenuhnya kehidupan seorang gadis.
Gadis yang asalnya ialah seorang yang lembut, kini berubah menjadi seorang gadis yang keras akan jiwa dan perasaannya.
Sampaikan satu tahap, seperti tiada apa lagi yang bisa melembutkan jiwa miliknya.
Manusia itu seperti angin, datangnya menyapa, perginya tak berkata. Hilang.
Gadis itu tahu, manusia-manusia seperti ini sememangnya telah dihantar oleh Tuhan dengan bersebab iaitu sebagai satu pengajaran buatnya supaya tidak berharap pada yang tak pasti.
Terasa dingin malam, seperti mula mencucuk hingga ke tulang. Gadis itu bangkit, dan memperlahankan kelajuan kipas siling berwarna putih yang tergantung dalam kamarnya.
Gadis itu berfikir, manusia ini semuanya sama (pada asalnya). Sedangkan wang syiling juga mempunyai dua sisi. Begitu juga manusia.
Orang yang salah, sebenarnya hadir untuk memberi pengajaran yang benar.
Kerana hidup ini adalah suatu pembelajaran. Dan kita, sememangnya harus terus belajar. Biar dari sesiapa sekalipun.
Dengan air mata yang mula menitis membasahi pipi, si gadis pun terlena bersama linangan air mata.
SELAMAT MALAM.
YOU ARE READING
Gadis Chuck Taylor
No FicciónKerana kehidupan itu sendiri seperti sebuah perjalanan, yang mana di dalamnya punya pelbagai kisah dan cerita yang kadang tak terungkap di mulut dan tak tertulis di jari.