033 - Si Gadis 6

22 1 0
                                    

Pada malam itu, semuanya kelihatan sempurna sekali. Hari yang dilalui oleh si gadis di sebelah siang semuanya baik-baik sahaja. Tiada yang menyusah, apa lagi yang melelah.

Jadi seperti biasa malam itu si gadis meluangkan sedikit masa di ruang kegemarannya; iaitu meja kayu miliknya yang terletak di suatu sudut kamar tidurnya untuk menulis diari tentang segala yang terjadi dalam hidupnya untuk hari itu.

Kebiasaannya, sebelum menulis si gadis akan menyelak sedikit tulisan dan catatannya yang lepas sebagai buat pengingat sahaja tentang betapa berlikunya kehidupannya selama ini.

Tapi entah kenapa malam itu, setiap helaian yang diselak dan dibacanya seperti saja terus menusuk ke jiwanya. Rasa seperti dibuang, rasa ditinggal sepi, dan rasa tidak diperlukan itu terus kembali menyelinap semula ke atas dirinya.

Si gadis tahu, dalam hidup ini tiada apa yang boleh jadikan satu jaminan melainkan janji dari Tuhan. Janji dari makhluk yang bergelar manusia cumalah sekadar satu "Lafas" yang dicipta untuk menyedapkan hati yang lain.

Jika sesuatu itu telah ditakdirkan untuk ia terjadi maka terjadi lah ia. Dan begitu juga sebaliknya.

Si gadia terus saja berpesan kepada dirinya untuk tidak merayu dan meratapi sesuatu untuk terus kekal dalam hidup ni.

Kebahgiaan itu sebenarnya adalah sesuatu yang perlu dirasa dijiwa dan digenggam oleh hati. Jika hati tidak menggengam, masakan jiwa boleh merasa.

Rasa "Bahagia" hadir bila kita tetapkan pergantungan perasaan dan harapan itu pada yang sepatutnya.

Dan kerana seperti apa yang ingin ditulis oleh si gadis seperti hilang dari mindanya, terus saja dia bangkit sambil membawa diari miliknya dan si gadis berbaring di katil miliknya.

Dipeluk erat diari itu.

Mencintai diri sendiri dahulu adalah yang segalanya. Jila kita tak mampu pun untuk mencintai diri sendiri dahulu, bagaimana kita mampu untuk melihat keindahan "Cinta" yang sebenar.

Bangkit untuk hari ini, dan terus berusaha sekerasnya untuk hari ini.

Lupakan semalam, tekadkan untuk hari ini, dan bermimpilah untuk hari esok.

Dalam keadaan mindanya yang masih ligat memikirkan hal ini, si gadis terus sahaja terlelap dan tidur.

Moga esok, baik-baik sahaja.

Selamat Malam.

Gadis Chuck TaylorWhere stories live. Discover now