Malam itu, cuaca nyaman sekali. Seperti mendung, dan angin juga meniup perlahan menerusi jendela bilik Si Gadis.
Pada ketika itu, Si Gadis sedang berada di sudut kesukaannya iaitu di mejanya. Si Gadis sedang menulis sebuah coretan tentang kehidupan yang penuh warna ini.
Sebenarnya hidup kita ini sama sahaja seperti hidup orang lain. Cumanya kadang kita terlalu melihat ke arah orang lain sampai kita tak tengok diri kita.
Kita rasa orang lain hidup bahgia, senang, begitu dan begini. Padahal yang sebenarnya kita juga sama seperti mereka. Sayang, ingat lah bahwa disetiap tempat dalam perjalanan hidup ini, ternyata pasti ada pintu yang terbuka di kedua hujungnya.
Terkadang, kita ingin agar segalanya cepat selesai. Atau dengan kata lainnya kita tak mahu menempuh "Susah" hidup itu. Ditambah lagi, ingin memperoleh kesenangan hidup sesegera mungkin. Padahal, jika kita ingin semuanya cepat selesai, untuk apa hidup kalau begitu?
Si Gadis meletakkan sebentar Pen miliknya. Dan kemudiannya Si Gadis berfikir sejenak, hidup ini adalah seperti sebuah perjalanan, dan disepanjang perjalanan pasti banyak ranjau yang harus ditempuhi. Jika tiada "Ranjau" yang ditempuh, masakan ia dipanggil hidup mahupun kehidupan. Bukan?
Kita adalah pejuang dalam hidup kita sendiri, selalu seperti itu dan akan sentiasa seperti itu. Orang lain boleh saja mengatakan apapun yang mereka suka dan inginkan, tapi keputusan hidup tetap teguh di dalam genggaman kita masing-masing.
Tinggalkan perkara yang lepas jauh-jauh kerana kita masih ada esok, dan mungkin lusa untuk kita teruskan kehidupan ini. Mengapa perlu tersangkut dalam masa lalu yang mungkin kelam.
Maka berpikirlah dengan baik, rencanakan dengan indah bagaimana hidup untuk masa mendatang. Sesuatu dengan rencana yang matang pun boleh jadi gagal, apalagi tanpa rencana sama sekali.
Hidup ini, hidup kita, hidup kamu.
Kita tidak hidup hanya sekali, yang sekali adalah mati. Berpikirlah dengan baik, seindah-indahnya, bahkan sebahagia-bahagianya.
Kerana kadang bahgia yang kamu impikan tu sebenarnya cuma khayalan yang tak mungkin kamu kecap, dan tak mungkin kamu rasa pun sebenarnya.
Usai saja menulis sedikit coretan, Si Gadis bingkas bangkit dari kerusi dan terus melabuhkan tubuhnya diatas katil miliknya.
Tak lama selepas itu, Si Gadis pun terlena sambil angin masih terus meniup lembut menerusi jendelanya.
SELAMAT MALAM.
YOU ARE READING
Gadis Chuck Taylor
Non-FictionKerana kehidupan itu sendiri seperti sebuah perjalanan, yang mana di dalamnya punya pelbagai kisah dan cerita yang kadang tak terungkap di mulut dan tak tertulis di jari.