Masih aku ingat dengan jelas, waktu dimana, bilang kamu; Perjalanan kita masih jauh, dan semoga Tuhan permudah jalan buat kita.
Dan di bulan Syawal ini lah bermulanya sebuah perjalanan selama 2 tahun, yang mungkin kalau dihitung dengan jari, tak panjang pun sebenarnya.
Tapi cukup untuk kita mencoret memori, mencipta kenangan, dan membina impian, bersama.
Perlahan-lahan kita menempuh, dan mengejar apa yang kita hajati selama itu. Mimpi, angan-angan, cita-cita, dan fantasi. Semua.
Tapi mungkin Tuhan punya jawapan lain untuk setiap persoalan yang selalu kita persoalkan.
Dan sampai sekarang masih aku ingat dengan jelas rasa manis kuih makmur yang kamu hidangkan di hari rumah terbuka kamu waktu itu.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
YOU ARE READING
Gadis Chuck Taylor
Non-FictionKerana kehidupan itu sendiri seperti sebuah perjalanan, yang mana di dalamnya punya pelbagai kisah dan cerita yang kadang tak terungkap di mulut dan tak tertulis di jari.