part 2

194 3 0
                                    

Pakkk..pakkk..pakk..
"Tok ketua..Tok ketuaaa.."
"Siapa pula yang datang malam buta Ni."

"Jap lah bang,milah tengokan siapa yang datang.."

Belum pun sempat pintu dibuka lebar kudin menerpa masuk..

"Haaa..kamu Kudin..Ada APA Hal datang ke Mari?"

"Tok..benteng dah pecah Tok..Dia..dia dah kembali..habis lah tok kampung Kita"

"APA benda kamu cakap Ni Kudin tok tah faham lah..benteng..? Benteng APA benda pula Ni?"

"Alaaa..Tok..benteng..benteng yang Di buat untuk jadi perisai Dari gangguan   Seri..Dah pecah tok..macam Mana Ni.."

"Kamu biar betul Kudin..kamu Tak salah tengok Kan.."

"Betul tok,Saya Tak tipu.Ada 3 orang budak bandar datang ke rumah Saya semalam.mereka cakap seorang kawan mereka telah hilang sewaktu mereka bermalam Di lembah Sana."

"APA! Siapa benarkan mereka masuk ke kawasan Sana!"

"Tak tahu tok,Saya Tak sempat Tanya,keadaan mereka agak teruk tok.mari lah ke rumah Saya.."

"Milah kami tinggal Di sini jaga anak-anak jangan biarkan mereka berada Di luar.Kalau Ada apa-apa ambil keris kuning Di bawa katil ni.dan tabur garam disekeliling bilik ni Dan jangan keluar Dari bilik ni.ingat tu.saya nak ke rumah Kudin dahulu..kunci pintu..Mari semua Kita ke rumah Kudin"

"A...A.....Airrr.."

"Melati..kamu ambil Kan air dahulu,bagi minum dulu mereka Ni..pelan -pelan.."

"Baik mak.."

"Assalamualaikum .. assalamualaikum"

"Waalaikumsalam..jemput lah Naik.."

"Mari tok, budak-budak tu Ada Di dalam."

"Yang lain tunggu Di beranda Ni ya.kita bergilir-gilir masuk."

"Baik Tok ketua!"

Kudin membawa Tok ketua masuk ke dalam rumah dimana Said,Sabri Dan Daud berada.keadaan mereka bertiga kelihatan parah.luka dimukanya Dan Di bahagian badan seperti dicakar Dan digigit sesuatu..

"Luka-luka tu melati dah sapu ubat ayah.Tapi kena bawa ke hospital juga Ni.Takut Ada kecederaan dalaman lain pula"

"Hemm..nama kamu siapa?
Dan Dari Mana?
Satu lagi macam Mana kamu boleh sampai ke lembah Sana,?"

"Amboii Kudin..megalahkan tok pula kamu ye.."

"Hehehe,alaa tok Kudin nak juga rasa macam Mana jadi macam tok"

"Iss...abang Ni Kan .biarlah Tok ketua yang jalankan tugas yang kamu melebih-lebih Ni dah kenapa.Bawa air Ni bagi Kat orang-orang Tuk Di beranda Sana."

"Alaa..Maknya,kamu je lah yang bawakan.."

"Abang nak rasa kena hempuk dengan lesung Batu Ni Kan.."

Kecut perut Kudin mendengar kata-kata isterinya.Mau pecah tegkorak kepalanya nanti dihempuk oleh Batu lesung Batu,siapa Tak kenal isteri Kudin yang merupakan juara menumbuk cili di Kampung Lesung Batu.

Tok ketua mendekati ketiga pemuda yang terbaring Di ruang tamu..

"Kami bertiga Ni Dari Mana? Sebab Tok Tak pernah nampak pun kamu dikampung ni"

"Nama Saya Daud,yang Ni Sabri Dan yang tu Said,kami berempat Ni Dari Kota kinabalu,datang ke lembah menangkap ayam hutan.Tapi Hari terakhir kami Di Lembah seorang kawan kami hilang Tak tahu kemana Tok"

"Menangkap Ayam hutan? Setahu Tok kawasan Lembah tu adalah kawasan larangan.Tak pernah lagi orang Di sini yang mendekati tempat tu.macam Mana pula kamu tahu disana Ada ayam hutan?"

"Ada seorang lelaki tua yang bagi Tau Tok,ayam hutan banyak Di Lembah tu,Dan kami Tak tahu pula kawasan Lembah tu kawasan larangan."

"Dah berpuluh tahun kawasan Lembah tu Tak pernah orang jejaki lagi selepas tragedi dulu tu."

"Tragedi APA tu Tok?"

"Tak Ada apa-apa.Kawan kamu yang seorang pula kemana?"

"Err...kami tak tahu Tok,dah puas kami Cari tapi Tak jumpa juga."

"Hemm..habis yang badan kamu luka-luka Ni kenapa pula?"

"Macam Ni Tok,sewaktu kami mencari kawan kami Hamid tu,kami terjumpa Satu kawasan bertembok Batu,Di atas tembok tu Di hiasi patung burung,burung jenis APA Tak Tau lah..tapi yang pelik nya Ada tiga  butir Batu berwarna merah berkilau Di penjuri Kiri,kanan Dan atas tembok tu..kalau Tak silap Batu tu namanya Batu APA yaa..err..Sabri,Said..Batu Delima Kan namanya....."

"Ar..ya Batu Delima.."

"BERHENTI JANGAN SEBUT NAMA TU!!"

Terpinga-pingga Daud,Said Dan Sabri mendengar jerkaan Tok ketua.

"Kenapa tok Ada APA dengan Batu Delima tu.."

Tiba-tiba angin bertiup kencang,bulan dilitupi awan hitam,keadaan menjadi gelap gelita,hujan turun dengan lebat berserta dengan dentuman guruh ditambah lagi dengan sinaran kilat yang sambung menyambung Di atas langit..

"MASUK SEMUA KE DALAM SEKARANG JUGA..CEPAT..!"

"Tokk..APA Hal nya Ni..?"
"Diam...tok dah cakap jangan SEBUT..jangan SEBUT tadi kenapa sebut juga!!"

Tiba-tiba
...

🎵🎶

Laju...laju...buaiku laju

Pohon beringin

Tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi
Penghibur aku menolong aku

Laju...laju..buaiku..laju...

Pohon beringin
Daunnya rendang
Akar berjalur
Cecah ke bumi 

Hatiku ingin hidup gemilang
Nasib malang suratan diri

🎶🎵

"TUTUP TELINGA CEPAT,JANGAN DENGAR!!"

"APA BERLAKU NI TOK!?"
"SIAPA YANG SEDANG MENYANYI TU PULA?"

"DENGAR SEMUA TUTUP TELINGA KAMU..KUDIN AMBILKAN TOK KEMENYAN DAN TEMPURING KELAPA,BAWAKAN SEGENGGAM GARAM KASAR..CEPATT..CEPATT.."

Tok ketua bersila Di ruang tamu,mulutnya berkumat kumit membaca sesuatu,Kudin meletakkan barang-barang yang diminta Oleh tok ketua,Tok ketua berdiri tegak tangannya mengenggam garam kasar sesekali mulutnya meniup ke tangan nya yang mengenggam garam,mata Tok ketua terpejam rapat..

🎵🎶

Laju...laju..buaiiku..laju

Pohon beringin....
Pohon beringin...
Daunnya rendang
Akar berjalur
Cecah ke bumi 

🎶🎵

"Heiiii..makluk durjana jangan kau kacau anak cucu ku,pergilah dikau ke Alam mu..!!"

🎵🎶

Pohon beringin
Daunnya rendang
Akar berjalur
Cecah ke bumi 

Hiiii..hiii...hiiii...hahahahaha,
🎶🎵🎵

Suara merdu menjadi nyaring bertabah seram dengan hilaian tawa sang makluk..

"Aku datang menuntut bela,Aku datang menuntut janji..aku datang mengambil kembali hakku yang Di curi..hiiii..hiii..hiii"

"Tempatmu bukan disini,kembalilah dikau ditempat mu..tiada ruang untuk mu disini..Pergi..pergii!!!"

"Tidak sesekali,!! Kamu manusia mungkir janji,ingat perjanjian Kita,bila Mana hakku Di cerobohi,Aku datang menuntut bela..!!!"

GERBANG PUAKAWhere stories live. Discover now