2

250 0 0
                                    

"OK DOKTOR Zalika kita da sampai." Pemandu ambulans segera membuka pintu dan Zulhafiz sudah turun dan membantu menurunkan pesakit. Zalika melompat keluar dan naik ke atas katil pesakit. Dia harus meneruskan CPR dia tidak boleh berhenti kerana setiap saat amat penting. Zulhafiz terkesima sekali lagi kerana dia tidak pernah lihat seorang doktor yang bersungguh-sungguh menyelamatkan nyawa pesakit. Selama 8 tahun dia bekerja sebagai bomba tapi baru pertama kali dia melihat seorang doktor bersungguh-sungguh menyelamat pesakit itu walaupun sudah 20 minit dia melakukan CPR.

"Go go to operation theatre yang empty, Aslyn make sure it's ready. I tak nak buang masa." Zalika memberi arahan kepada jururawat yang bertugas di situ. Zulhafiz hanya mengikuti sampai ke bilik operasi tanpa menyedari dia tidak boleh masuk.

"Maaf Encik kena tungg di luar." Aslyn memberitahu dan masuk ke dalam untuk membantu operasi bersama Doktor Zalika.

Zulhafiz baru tersedar.

'Ya Allah kenapa lah aku ikut sampai ke sini? Da angau ke aku ni.' Zulhafiz memicit tengkuk nya. Dia baru sahaja ingin melangkah pulang ke balai bomba. Baru melangkah, telifon bimbitnya bunyi tertera nombor Amri.

"Hello, aku da nak balik balai ni." Zulhafiz langsung memberitahu.

"Fiz, kau masih dengan wanita yang tadi tak?"

"Maksud kau yang doktor tadi ke? Zulhafiz menyoal kembali.

"Ah ah la kita bawa balik kereta dia ke balai kerana kau tahu dia tinggalkan kereta dia di tepi jalan sambil meninggalkan kunci kereta, wallet nya semua di dalam. Nasib baik kami perasan sebelum kami balik balai. Kalau tak memang habislah kereta dia mesti da kena samun."

"Teruknya perempuan ni sampai tak ingat kereta semua. Ok kau park je dekat balai. Nanti balik kita settle." Zulhafiz sudah mengeleng-geleng kepalanya. Dia melangkah ke kaunter jururawat.

"Ye boleh saya bantu Encik?" Meemah menanya.

"Saya nak tinggalkan pesan untuk Doktor Zalika. Awak ada kertas?" Zulhafiz menulis nota sambil meninggalkan no telifonnya. Dia menghulurkan nota itu kepada Meemah.

"Kalau Encik tulis no telifon Encik untuk berkenalan baik jangan buang masa kerana Doktor Zalika pasti buang ke dalam tong sampah kerana sebelum ni banyak da yang tinggalkan no telifon." Meemah memberitahu kerana tidak mahu bomba yang kacak didepannya itu menaruh harapan yang tinggi untuk doktor yang cantik dan baik hati.

"Kak kalau dia lihat nota saya ni confirm dia tak buang." Zulhafiz senyum dan berlalu. Meemah sudah ketawa mendengar kata-kata confident budak muda itu. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Dalam DoaWhere stories live. Discover now