ASLYN dan Kak Meemah dari tadi hanya memerhatikan Zalika. Zalika yang masih menghirup coco panasnya di cafeteria belum lagi bisa menenangkan perasaanya.
"Bolehlah stop pandang I macam tu dari tadi." Zalika sudah rimas dengan pandangan dua jururawat kesukaan nya.
"Handsome apa bomba tu, Doktor tak berkenan ke?" Kak Meemah menduga. Aslyn sudah mengangguk-angguk di sebelah.
"Please la Kak Meemah saya tak minat la dengan lelaki yang macam tu. Lagipun dia asyik nak perli saya sahaja."
"Tapi Doktor Zalika dia kan tadi da ucap terima kasih siap peluk lagi. Saya tengok Doktor pun macam suka saja ke peluk macam tu." Aslyn sudah menyampuk. Zalika pincingkan matanya. Mereka berdua sudah siap gelakkan Zalika yang kelihatan sangat comel.
"Hey apa yang kecoh-kecoh ni?" Doktor Linda sudah menyertai mereka dengan kopi panas di tangan.
"Ni kawan baik Doktor Linda dilamun cinta dengan seorang bomba siap dapat pelukan percuma lagi." Aslyn sudah memberitahu.
"WHAT SERIOUS LAA. Bomba tu sakit apa? Ward mana?" Linda sudah menyoal. Zalika sudah tidak kena gaya.
"Korang ni jangan la merepek dengar staf-staf lain ada yang kena warning letter." Zalika menyangkal.
"Siapa lelaki tu Zalika? Kau tak cerita pun." Linda membuat muka sedih.
"Kau dengar la cakap mereka ni. Aku kebetulan je jumpa mamat tu semalam semasa aku selamatkan Rafidah ingat tak pesakit yang melahirkan anak perempuan yang comel tu. Hari ni dengan tak sengaja nya aku selamat kan ibunya yang have a burst blood vessel due to stomach ulcer. Tu je."
"Tak apa nanti I cerita penuh ok dekat you Doktor Linda." Aslyn sudah berjanji.
"Ok set jangan lupa tau nanti break tell me every single thing." Doktor Linda menunjukkan mama jari nya. Zalika yang ada di situ tidak kuasa untuk melayan, makin dilayan makin merapu.
"Da la aku nak pergi tukar baju ni ada roundings lagi. See you guys later." Zalika sudah berdiri dan mahu melangkah untuk menukar ke pakaian biasa dan kot putih nya.
"Jangan lupa check bakal mama mertuanya Doktor Zalika!" Kak Meemah siap memesan. Doktor Zalika yang mahu melangkah menjerlihkan lidahnya. Semua yang ada disitu siap ketawa.
Semasa melangkah dia terserempak dengan seorang yang dia menyampah. Seorang yang pernah melukakan hati nya dengan berlaku curang dengan seorang ketua jururawat di sini.
Doktor Adi yang sedang melakukan patient rounds terhenti saat ternampak Zalika. Sehingga sekarang dia masih meyayangi Zalika namun dia tidak boleh buat apa-apa kerana dia telah pun berkahwin dengan Safura apabila mereka ditangkap basah di apartmentnya.
Zalika hanya meneruskan langkah tanpa menoleh sedikit pun ke arah Adi. Dia sudah membuang lelaki itu jauh daripada kehidupannya. Dia tidak mahu lagi mengenangkan lelaki yang sudah menghancurkan hati, cinta dan kepercayaan nya.
YOU ARE READING
Cinta Dalam Doa
Romance"I hanya perlukan satu peluang saja. Tolonglah Zalika." Zulhafiz merayu. "I pernah berikan peluang itu namun you persiakannya Hafiz. I tak mahu dikecewakan lagi." Zalika terus melangkah. "Zalika I tahu I salah kerana pernah menyakitkan hati you ta...