"BETUL ke tempat ni Liyah? Boleh masuk ke?" Aslyn yang memandu takut-takut untuk masuk ke tempat balai bomba ni. Takut dituduh mencerobohi kawasan pula.
"Betul la da dia cakap Balai Bomba Hang Tuah." Zalika sudah turun daripada kereta untuk berjumpa dengan seorang bomba yang bernama Zulhafiz. Dari jauh dia nampak kereta BMW 5 series kesayangan nya dikelilingi 2 pemuda muda.
"Assalamualaikum minta maaf ni kereta saya." Zalika memberi salam. Dia mesti la sopan, orang berbudi kita berbahasa. Zulhafiz dan Amri menoleh ke belakang. Seorang gadis yang berpakaian ringkas, jeans dan t-shirt bersama topi di kepala, sungguh santai.
"Ni kunci kereta Cik. Lain kali hati-hati tau kereta mahal macam ni senang-senang je pencuri ambil." Amri berkata.
"Terima kasih saya betul-betul terlupa. Tak payah la panggil cik, panggil je Zalika." Zalika tersenyum sambil menunjukkan barisan gigi nya yang putih bersih.
'Boleh tahan comel juga budak ni.' Zulhafiz berkata di dalam hati. Dia hanya mendiamkan diri kerana dia tidak tahu hendak berkata apa.
"Oh nama Zalika rupanya. Takkan terima kasih je? Minum-minum ke?" Amri saja memancing kerana dia lihat Zulhafiz seperti berminat kepada gadis di depannya ini mana tahu kalau ada jodoh. Zulhafiz sudah memandang Amri yang tanpa segan meminta upah. Zalika sudah tersengih tidak tahu macam mana nak jawab kepada persoalan itu.
"Boleh je kalau awak semua da habis kerja boleh la kita pergi makan. Saya belanja kerana da selamatkan kereta kesayangan saya. Kita pergi yang dekat-dekat sini la ya." Amri sudah tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala.
"Kalau macam tu kita jumpa di Berjaya Time Square ya." Amri memberi cadangan. Zalika hanya tersenyum.
"Macam mana encik semua nak pergi ke sana?" Zalika menanyakan.
"Awak ingat awak je ke yang ada kereta?" Zulhafiz menjawab dan berlalu pergi. Amri hanya menjongketkan bahu.
"Jumpa sana ya!" Amri sudah melambaikan tangannya.
Zalika tersenyum namun di dalam hati terasa geram kerana jawapan pemuda yang bernama Zulhafiz. Boleh je kalau dia nak tanya baik-baik. Ingatkan bisu tadi. Dia membuka pintu kereta dan mencapai telifon bimbit nya.
"Aslyn, jom pergi makan kita pergi Berjaya Time Square ya!" Zalika mematikan talian. Dia sengaja tidak memberitahu Aslyn kerana dia tahu Aslyn pasti menolak jikalau dia tahu ada 2 pemuda yang akan menyertai mereka. Aslyn memang pemalu orang nya. Pemalu sangat.
YOU ARE READING
Cinta Dalam Doa
Romance"I hanya perlukan satu peluang saja. Tolonglah Zalika." Zulhafiz merayu. "I pernah berikan peluang itu namun you persiakannya Hafiz. I tak mahu dikecewakan lagi." Zalika terus melangkah. "Zalika I tahu I salah kerana pernah menyakitkan hati you ta...