10

148 1 0
                                    

ZULIN berdiri apabila ternampak Zalika dan Aslyn melangkah keluar dari bilik operasi. Mereka berdua masih dalam pakaian operasi mereka cuma bezanya Zalika sudah mengikat rambutnya tinggi. Memang cantik sangat Doktor muda ni.

"Mama adik ok cuma sekarang dia masih belum sedar lagi kerana ubat yang kami berikan. Insyallah dalam sejam lagi dia akan sedar. Jururawat sudah tolak ke wad nanti adik pergi wad nya." Zalika menjelaskan.

"Ya Allah terima kasih Kak kerana selamatkan mama. Saya panik tadi bila lihat jururawat berlari dan ambil paket darah." Zulin sudah menangis sambil memegang tangan Zalika. Zalika memeluk bahu nya. Belum sempat Zalika menenagkan Zulin yang teresak-esak terdengar suara yang dari belakang. Zalika terkejut.

"Zulin mama kenapa apa terjadi dengan mama??" Zulhafiz sudah terpekik kerana dia baru pulang dari surau untuk solat. Namun dia melihat Zulin menangis sambil bahunya dipegang oleh doktor muda yang membelakangi nya. Suara itu seperti dia dengar sebelum ini. Aslyn yang memandang raut wajah lelaki itu sudah terbeliak matanya. Ini bukan jejaka semalam ke?

"Ya Allah abang ni terperanjat orang, mama ok la. Doktor ni yang selamatkan mama kita." Zulin berkata. Dalam masa yang sama Zalika memusingkan badan nya untuk melihat abang yang dimaksudkan Zulin itu. Zalika bertambah terkejut adakah wanita yang baru diselamatkan itu adalah mama kepada jejaka ini. Zulhafiz yang memandang terkejut namun dia terus melangkah dan memeluk tubuh kecil Zalika. Zalika terkejut kerana dipeluk. Zulin dan Aslyn memandang adengan itu ternganga.

"Thank you so much for saving my mother. I can never thank you enough, Zalika." Zulhafiz masih lagi memeluk Zalika dan tidak ada tanda-tanda untuk dia melepaskan Zalika. Zalika pula seakan terpaku kerana dia masih terkejut dan yang paling penting he smell so so good.

"Abang kau ni suka hati je peluk anak dara orang. Lepaskanlah kakak tu." Zulhafiz yang tersedar akan keterlanjuran nya melepaskan Zalika.

"I'm sorry." Zulhafiz berkata tetapi Zalika tidak berkata apa.

"Saya mintak diri dulu ya." Zalika sudah melangkah dengan muka yang merah. Aslyn mengekori tetapi ketawa di belakang kerana dia tahu sebenarnya Zalika malu. Sebelum melangkah lebih lanjut Zalika sempat menoleh ke belakang. Zulhafiz yang perasan akan tatapan mata Zalika terasa seperti ada panahan cupid. Zalika terus melangkah kerana dia terasa seperti ada perasaan yang halus menyelinap masuk ke tangkai hati yang selama ini tidak ada seorang pun yang berjaya masuk.

Zulin hanya memandang. Dia harus tahu apa kaitan doktor yang cantik itu dan abangnya.

"Hai abang lama nya pandang. Da terpikat ke?"

"Adik ni dia kan selamatkan mama kita." Zulhafiz masih tidak mahu mengaku.

"Hai bang takkanlah sampai peluk doktor sampai tak nak lepas siap tahu nama semua." Zulin berkata dia sendiri tidak tahu nama doktor tu kerana tidak sempat cuma panggil kakak je.

"Nanti-nantilah abang cerita." Zulhafiz sudah melangkah mahu melawat ibunya. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Dalam DoaWhere stories live. Discover now