8

161 1 0
                                    

ZALIKA sedang siap untuk ke kerja apabila Mak Mah mengetuk pintu biliknya.

"Masuklah Mak Mah." Zalika yang sudah siap memakai baju v-shape lengan panjang berwarna putih bersama high waist pants berwarna coklat muda dengan rambutnya di biarkan lepas.

"Zalika ada masa tak? Mak Mah nak mintak tolong singgah ke dobi ambilkan baju kot papa. Pak Hassan tak sempat nak ambil kerana katanya kereta masih servis."

"Boleh tapi nak kena upah dulu." Zalika berkata sambil menunjukkan pipi kanan nya. Mak Mah da tahu sangat la perangai budak manja ni. Mak Mah pergi untuk mencium pipi Zalika.

"Untung siapa jadi suami Zalika hari-hari boleh dicium nya pipi kamu ni." Mak Mah mengusik.

"Mak Mah ni suka sangat usik macam ni. Tak nak ambil la baju kat dobi macam ni." Zalika pura-pura merajuk untuk menutup malu sendiri.

"Alah Mak Mah gurau saja la, ambilkan ya sayang nanti kesian papa nak pakai kot tak ada." Mak Mah memujuk.

"Nasib baik Zalika sayang Mak Mah. Ok la Zalika pergi dulu ok malam ni Zalika habis lambat tau jadi jangan tunggu ok." Zalika melangkah ke bawa bersama Mak Mah. Dia menyalami Mak Mah dan mencium kedua pipi orang tua itu. Memang sudah dianggap Mak Mah tu seperti mama nya sendiri.

Dia terus memandu BMW 5 Series nya ke dobi dahulu untuk mengambil baju-baju papa.

Dia terus memandu BMW 5 Series nya ke dobi dahulu untuk mengambil baju-baju papa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN MARIA rasa seperti sakit perut yang teramat sangat sampai berpeluh.

"Mama ok ke? Macam tak sihat saja." Mereka yang sedang melangkah ke butik terhenti.

"Gastric agaknya. Tak apa la nanti sampai butik mama makan ubat dan rehat sekejap." Datin Maria masih meneruskan langkah walaupun perlahan. Namun dengan tiba-tiba mata nya menjadi gelap dan dia pengsan.

"Mamaaa!" Zulin menyambut Datin Maria. Dia panik kerana dengan tiba-tiba ibunya pengsan. Dia menepuk-nepuk pipi Datin Maria namun Datin Maria masih tidak sedarkan diri. Ada sedikit luka kepada kepala Datin Maria kerana dia terhantuk sedikit ketika dia rebah tadi.

"Kenapa ni dik?" Zalika yang kebetulan mahu melangkah ke kedai dobi tak jadi kerana nampak seorang wanita sedang memangku mungkin mama atau makcik nya.

"Saya tak tahu kak, tiba-tiba mama saya pengsan." Zalika dengan segera memeriksa nadi wanita yang pengsan itu.

"Tak apa kita pergi hospital dulu cepat naik kereta akak je. Mari akak tolong kamu bawa mama kamu ke kereta." Zulin menolong dan mereka menaiki kereta Zalika. Zulin sudah menangis di dalam kereta kerana teramat risau ibunya tidak pernah macam ni. Zalika yang sedang memandu pandang cermin dan ternampak wanita muda itu sedang menangis sambil mengejutkan ibunya.

"Adik jangan risau ye, kita da nak sampai sikit saja lagi." Zulin memandang ke arah Zalika.

"Terima kasih ya kak sebab sudi tolong kami. Saya betul-betul panik tadi kerana mama sebelum ini tidak pernah macam ni." Zulin berkata dengan bersungguh-sungguh sambil airmata tidak berhenti menitis.

"Memang akak ditakdirkan untuk menolong. Mama adik sakit ke?" Zalika menyoal untuk mengelakkan Zulin daripada menangis dan dalam masa yang sama dia harus tahu punca kenapa wanita tua itu pengsan.

"Tak kak tadi ketika kita nak pergi ke butik, mama berpeluh sambil berkata dia sakit perut. Dia memang ada history of gastric tahu-tahu je dia pengsan tak sempat saya nak sambut tu yang kepala mama pun terhantuk." Zalika sudah memikirkan apa yang harus dilakukan bila sampai ke hospital nanti.

"Ok kita da sampai." Zalika terus keluar dan memekik kepada jururawat untuk meletakkan wanita yang pengsan itu kepada katil tolak.

"Halim please tolak dia ke pitch dulu nak kena buat ultrasound untuk cari punca dahulu maybe it's stomach ulcer or kidney stone. Please do it asap, patient have been out for about 10 minutes. Kak Meemah please check empty OR just in case we need to perform surgery." Zalika memberi arahan kepada semua. Zulin yang memandang terkejut kerana ternyata wanita yang membantu nya dan mama adalah seorang Doktor. Patutlah dari dalam kereta sampai sekarang dia kelihatan tenang.

Zalika mengambil alih daripada Halim dan menyapukan gel ke atas perut Datin Maria untuk ultrasound. Dengan pantas dia mengerakkan scan itu ke perut Datin Maria. Dia mengerut dahi ternyata Datin Maria mempunyai stomach ulcer yang teruk. Dia tidak boleh berlengah sebelum stomach ulcer tu bleed that can lead to life threatening.

"Aslyn please prep OR we have got no time to waste, she's having stomach ulcer advanced that can be fatal. Hurry up and move fast, Halim take her up and prep. Kak Meemah please get her daughter to sign." Zulin dengar semua arahan Zalika dia semakin takut dia pasti keadaan ibunya teruk.

"Mari dik ikut Kak Meemah ke kaunter untuk membuat pendaftaran supaya Doktor Zalika boleh buat pembedahan atas mama adik." Namun Zulin tidak bergerak, dia seperti terpaku.

"Doktor Zalika." Kak Meemah memanggil dan menunjukkan ke arah Zulin yang tidak bergerak mungkin terkejut. Zalika melangkah dan mendekati Zulin.

"Adik you ikut Kak Meemah do all the formalities ok." Zulin seperti tersedar. Dia terus menangis.

"Kak mama tidak akan apa-apa kan. Please save her." Dia memaut tangan Zalika.

"She will be fine don't worry, you can trust me. I'll make sure I do my very best. You sign borang dulu ok and Kak Meemah will help you. Whatever you need just tell her." Zalika terus melangkah dia tidak ada masa untuk buang kerana kalau dia silap langkah atau lambat pasti sukar untuk dia menyelamatkan mama Zulin. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Dalam DoaWhere stories live. Discover now