part 1

920 22 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Biarkan semua ini jadi sebuah mimpi....

Biarkan masa ini berputar kembali...........

Kerana aku ingin terlupa...........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'HuaaarrggHHHHhh!! " dengan selebar-lebar dan seluas-luasnya dia menguap dengan mulut yang ternganga luas.

Badan diregangkan sepuas hatinya sambil matanya terkedip-kedip silau menahan pancaran mentari pagi yang mencuri masuk dari jendela yang terselak sedikit.

Selimut tebal bewarna biru muda diselaknya dan dengan masih lagi rasa mengantuk, dia turun dari katilnya, perlahan-lahan membuka habis jendela biliknya. Di belakang rumah ini tersergam taman bunga yang indah. Milik nya.

Pak Abu-tukang kebun yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun dengan keluarganya sedang melambai-lambai padanya.

" Selamat pagi, Pak Abu! " tegurnya ceria.

Suasana ini. Hari yang biasa dilaluinya. Lengkap dan perfect, seperti selalu.

Dia mencapai blackberry Curve 3G 9300, menyemak inbox mail nya kalau-kalau ada email penting dari pejabat.

10 email unread.

" Hmm..."

Email pertama melibatkan tentang business appointmentnya hari ini dengan syarikat J&J Sdn Bhd , kemudian conference meeting dengan cawangan di Milan, selepas itu ada meeting dengan finance dept...malam ada dinner dengan....

Perhatiannya beralih pada kertas memo kuning yang terlekat di sebuah pasu bunga berisi bunga Peony warna merah jambu.

** Morning!!Sleepy head...
Dah bangun dah? Mesti tengah check email ni kan! Pagi-pagi dah fikir pasal keje.. grr.... 😤
Malam ni, saya nak beritahu sesuatu pada awak, pukul 10 okey? rooftop umah tau..
Awak datang tau,mesti datang yer,,
janji tau...

P/s : Breakfast dah siap kat bawah.jangan lupa makan ❤️ **

Dia tersenyum.

Memo ceria ini sentiasa terlekat di meja ini.

Hari-hari message yang sama suruh dia breakfast, dan hari-hari bunga di pasu ini akan berubah.

Tempoh hari rose merah, kemudian lily dan hari ini. Peony merah jambu.

Warna yang terang itu terutama disebalik maksudnya yang tersirat, buatkan dia rasa gembira dan bersemangat pagi ini!

Telefonnya berdering tiba-tiba, mengejut kannya dari lamunan.

" Hello Airil. Kau kat mana?"

" Rumah."

" Kau dah lupa ke, kita kene breakfast dengan Mr. Lim pukul 9 ni? Kau siap cepat, dalam 15 minit aku sampai, siap cepat tau!"

Tut..tut... tut..

Pemanggil mematikan panggilannya tanpa sebab dia memberikan jawapan.

Pantas dia mencapai tuala nya dan bergegas ke bilik shower.

Lupa pula dia hari ni dia kena breakfast dengan client dan secure satu deal business ni dengan Mr. Lim.

10 minit kemudian dia keluar dan terus bersiap-siap. Dia sembur perfume, sisir rambutnya rapi, letak gel, kemudian setelah rasa semuanya lengkap, dia membelek wajahnya yang bersih dicukur itu untuk kali terakhir.

" Cool! Siap, hensem...Mohd Khairil Arifin, today will be success as always, think positive and everything will be as what YOU want. "

Hon hon!

Bergema bunyi hon kereta Maserati Grancabrio warna hitam di laman rumahnya.

Dia berlari turun ke tingkat bawah, mencapai beg nya , menyarung kasut dan bergegas menuju ke temannya yang sedang menanti.

" Deal kali ni besar , kau rasa boleh ke kita dapat? "

"Of course! " jawabnya yakin.

Dia dah pun prepare proposal untuk projek ini sejak sebulan lepas, dan dia sangat yakin akan dapat deal kali ini, sama seperti deal-deal lain.

Temannya senyum.

" So confident, that's why you are the best."

Dia hanya sengih lebar di puji begitu.

Pujian yang selalu di dengarnya.

Siapa yang tak kenal KhAiril Arifin- Project Manager Rasdhan engineering Sdn.Bhd? Dialah yang selalu bawa masuk business and projek besar-besar pada company.

Dan kerana kejayaannya ini lah, di usia 25 tahun, dia sudah pun menyandang jawatan besar ini, dengan gaji yang cukup besar.

Tiada apa yang tidak lengkap dalam hidupnya.

Mereka beredar meninggalkan laman rumah banglo 2 tingkatnya.

Di master bedroom, kelopak bunga Peony layu dan jatuh perlahan-lahan.

Di master bedroom, kelopak bunga Peony layu dan jatuh perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Forget Me notWhere stories live. Discover now