part 5

307 16 0
                                    

" Saya dah dapat kerja di Syarikat Rasdhan engineering Sdn.Bhd. " kata Airil sambil mengeluarkan bunga bewarna hijau yang sekali lihat seakan rumpai atau tangkai daun.

" Hmm.. semua sebab ini.. apa ke nama bunga ini.. lupalah."

" Bells of Ireland. It's for wishing you good luck.." jawab gadis itu mengambil bunga yang dimaksudnya itu dari pegangan Airil.

Bunga yang diberikan pada Airil, sebelum dia pergi interview tengah hari tadi.

" Congratulation!" ucap gadis itu, berkongsi gembira.

"Takde hadiah ke?"

" Err...."

" Apa err.. er... er? awak orang pertama yang saya beritahu tau.."

" yer?"!!"

" yelah! Ingat saya main-main ke? Saya direct dari ofis ke sini tau. Sebab nak tunggu hadiah dari awak."

"err... tapi, saya tak beli apa-ap..."

Terhambur ketawa Airil apabila melihat wajah cuak si gadis yang diacahnya itu.

" Saya gurau je lah."

" ee.. jahat.. lain kali beritahulah awal-awal, telefon dulu ke.. barulah saya boleh belikan hadiah..." bebel si gadis yang kini rasa lega kerana Airil hanya mengusiknya.

"Tapi kalau saya nak hadiah sekarang boleh tak?"

" emm..apa yang awak nak? Kalau saya mampu, saya belikan. Apa yang awak nak? Jangan mahal-mahal tau."

Airil merenungnya.

" Saya nak spend one whole day with you."

' huh? Tapi sekarang dah petang.. half day je la begitu?"

" Dinner. Keluar dinner dengan saya, hari ini."

Gadis itu senyum dan dengan rasa riang, pelawaan Airil diterimanya.

'.Ahh!! Kejap yer... saya ambil beg tangan." 

Pantas dia masuk ke bilik stor yang disediakan khas untuk pekerja di sini.

Sementara menantinya, Airil memerhatikan bunga-bunga di sini. Hampir semua spesis bunga Airil sudah kenal. Agaknya sudah berapa lama dia ke sini? 2 bulan , 3 bulan?

Airil tidak kisah semua itu.

Kerana hari ini, Airil bukannya ingin berkongsi berita kejayaannya dengan gadis itu.

Ada sesuatu yang ingin diberitahu, lebih penting dari segalanya.

<Nanti dah dapat bunga apa yang awak nak beli, beritahu tau.>

Airil memetik sekuntum bunga bewarna ungu dari tangkainya.

Dan seperti sebuah takdir yang sedang ditulis ,pintu stor terbuka dan di depannya kini, gadis itu sedang berdiri mengadapnya.

Mata yang jernih itu merenungnya. Dan seperti selalu, Airil rasa berdebar-debar.

" Awak... Saya dah jumpa bunga yang saya inginkan. " kata Airil seraya mendekati gadis itu.

" Lavendar rose." bibir merah itu bersuara sebaik sahaja melihat bunga 'purple' itu di tangan Airil.

" It means love at the first sight.. seperti saya pada awak.  "  ucap Airil.

xxxXXXXxxxxxxxxxXxxxxxxxXxxxxxXxxxxXxxxxxxx

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


xxxXXXXxxxxxxxxxXxxxxxxxXxxxxxXxxxxXxxxxxxx

" Apa pendapat En.Airil?"

Airil tersentak, rupanya dia masih di bilik meeting lagi.

Satu-satu wajah di meja persidangan ini,  ditatapnya dan mereka semua, seperti biasa menantikan buah fikiran yang bernas dari dirinya.

Dia menjeling jam tangannya.

6.30 petang.

" Ehmm.. pendapat saya..."

Airil menyeluk tangan kirinya masuk ke kocek seluarnya, mencari pena untuk digunakan bagi menjelaskan konsep dan strategi marketing kali ini.

Jemarinya tersentuh sesuatu yang lembut- Yang tidak sepatutnya berada di poket ini.

Dia mengeluarkan benda itu. Setangkai bunga clover putih.

**Malam ni, saya nak beritahu sesuatu pada awak, pukul 10 okey? rooftop umah tau..
Awak datang tau,mesti datang yer,,
janji tau...**

Di hatinya, dia sentiasa tahu maksud bunga clover putih.

Ia simbolik sebuah  janji.

Ia simbolik sebuah  janji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Forget Me notWhere stories live. Discover now