akhir-tamat

428 23 1
                                    

' Airil, aku tahu keadaan sekarang ni sukar bagi kau. I felt it too..but please talk to me.It's been 6 months and i'm worry about you.Call me.. please.."

Mazlan

Message dari Mazlan di 'delete'nya

Jambang dan misainya yang tidak teratur, berserabai itu diusapnya.

6 bulan?huh..

dia terlupa realitinya.

Terumbang ambing antara realiti dan fantasi.

Dia mengoyakkan kalendar yang kusam. Semuanya adalah sempurna!!

Hinggakan...

Bunga biru yang hancur  direnungnya.

Mimpikah malam itu?

Dia turun ke tingkat bawah.

Rumah yang bersepah ini direnungnya.

Kosong.

Sepi.. seperti dirinya.

Diluar, senja sudah mula mengajak tiba.

Satu lagi hari yang kusam, berlalu tanpa dirinya.

Mengapakah dia kembali mengingati realiti ini?

Kenapa tidak biarkanlah dia hanyut dalam mimpi ini!!...

Kenapa mesti dia terjaga dari semua ini?!!

Dia mengatur langkah ke almari di dapur, mengeluarkan sebuah botol kecil terisi pil-pil bewarna putih.

Hidup dalam penafian adalah lebih baik dari menghadapi setiap saat tanpa dirinya.

" Jangan lupakan saya.."

" Jangan lupakan hari ini... "

Bisikan itu terngiang-ngiang di telinganya.

Semakin lama semakin kuat.

Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana dia boleh dapat bunga itu?

Dia tidak ingat..

Ahh.. dia tidak ingin ingat segalanya.

Namun...

Airil menyimpan kembali botol itu , membatalkan niatnya, lalu kembali naik ke tingkat atas, dan saat itulah baru dia menyedari yang terdapat kelopak-kelopak bunga bewarna biru yang jatuh dari tangga ke tangga, terus menuju ke rooftop.

Dalam kekeliruan, dia mengekori jejak itu.

Membuka pintu ke rooftop yang tidak terkunci.

Dan sebaik sahaja daun pintu diselak, aroma bunga yang wangi menyambut kehadirannya.

" Bila masa?"

Bunga-bunga yang menyerlah dengan warna biru terang itu membuatkan dia terdiam.

Bunga-bunga yang tanpa jagaan ini dapat hidup dengan sebegini cantik.

Adakah ini yang dimaksudkan 'pertemuan di rooftop itu?' adakah ini yang ingin isterinya ingin tunjukkan malam itu?

Airil memetik sekuntum bunga warna biru ini. Serentak angin senja bertiup kuat , membawa kelopak-kelopak bunga yang lain, terbang mengelilingi tubuhnya yang kaku merenung semua ini.

Dia tergamam.

Saat dia memejamkan matanya, dia ingat.

Hari ini dia ingat segalanya.. dan dia akan terus ingat kerana seperti bunga ini, dia juga tidak akan lupakannya insan yang dicintainya selama ini

"... Zahrah.."

Untuk pertama kalinya, Airil akhirnya dapat mengingati nama itu, jelas.. di fikirannya..

"Zahrah..."

Gadis yang dicintainya, isteri nya itu bernama Zahrah.

Air matanya mengalir... lebih tenang.

Perlahan-lahan dia mendengar bisikan malam itu..

Lembut dan gemersik bisikan dalam mimpi itu

" i forgive you, so live....."

~~~~~~

Bunga-bunga 'forget me not' di situ berliang liuk lembut, kembali tenang.

kini, di wajah Airil terlukis sebuah senyuman yang bebas dari belengu kekesalan.

~~~~~

Tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tamat

Forget Me notWhere stories live. Discover now