part 6

295 16 0
                                    

Kakinya laju mengatur langkah untuk pulang. Lariannya seakan tiada berpenghujung.

Airil cancel semua meeting. Dia abaikan semua temujanjinya dengan client. Dia cuma ingin sampai cepat di situ.

Di situ...

Di mana gadis itu sedang menanti kannya.

Sampai sahaja di depan pintu rumah banglo 2 tingkat ini, Airil rasa berdebar.

Debaran tanpa sebab. Perlahan-lahan dia membuka pintu itu.Dan saat daun pintu itu terselak, semerbak bau wangi ros mencucuk deria baunya.

Keliling rumahnya sedang terhias indah dengan jambangan bunga ros pelbagai warna.

" Airil???"

Suara yang lembut itu menyapa kehadirannya.

Airil menoleh.

Di depannya, gadis itu kelihatan cantik berpakaian gaun putih yang mewah. Tersepit sekuntum bunga ros hitam di sanggulnya yang kemas.

Airil mendekatinya, membelai pipi mulusnya.

" I'm sorry.." bisik Airil lembut.

Mendengar itu, gadis itu menguntum senyuman dan tanpa banyak bicara, dia memimpin Airil ke ruang makan.

' Saya dah sediakan makan malam.." ucapnya girang.

Airil memerhatikan makanan yang terhidang di meja makan ini. Terasa seperti sudah bertahun-tahun dia tidak makan di sini. Menemani gadis ini.

Sibuk,,,sibukk. Sibuk!!... terlalu sibuk hinggakan dia terlupa akan dia yang sentiasa menanti di rumah ini.
Gadis yang kini telah menjadi suri dalam hidupnya.

" Kenapa? Tak suka?"

Airil geleng kepala seakan bodoh.

" Saya tidak pernah sedar, awak terlalu sempurna." luah Airil ikhlas.

Gadis itu menyembunyikan senyumannya yang malu dipuji begitu. Pipinya naik merah. Jemarinya menyisir ke tepi helaian rambutnya yang jatuh.

Cincin bertahtakan berlian putih di jari manisnya, bersinar-sinar mencuri perhatian Airil.Cincin yang menyatukan mereka , simbolik yang gadis ini telah menjadi permaisurinya.

Airil memegang tangan isterinya ini, dikucupnya penuh rasa cinta.

" Hari ini, kita keluar yer. kita spend one whole day just the two of us. " ajak Airil lembut.

Jam menunjukkan pukul 7.30 petang.

" Tapi dah petang dah, jadi cuma half day je la." Usik isterinya. Airil senyum, teringatkan kisah mereka sebelum ini. 

Dia mematikan telefon bimbitnya.

Hari ini,dia tidak ingin diganggu. Dia inginkan masa berdua bersama isterinya. Hanya mereka berdua.

Di tengah meja makan, Airil merenung bunga tulip putih yang kelopaknya senyap-senyap berderai, layu jatuh di meja.

Di tengah meja makan, Airil merenung bunga tulip putih yang kelopaknya senyap-senyap berderai, layu jatuh di meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Forget Me notWhere stories live. Discover now