bab 1

420 10 0
                                    

Matahari tidak egois.Dia mempersilakan bulan menggantikannya saat malam tiba.

Nuh mengistirehatkan jiwanya dari hal dunia yang melalaikan dengan mendengar ayat-ayat Al Quran di telefon bimbitnya.

Memang sudah menjadi kebiasaannya,habis bekerja seharian di syarikat miliknya sendiri,beliau akan pergi ke lower seletar reservoir.

Beliau memandang bintang-bintang memenuhi langit yang terbentang luas. Angin semilir menyapa lembut wajahnya. Bagaikan diangkat segala kepenatannya setelah membanting tulang seharian.

Nuh Nahyan;jejaka yang mencecah pertengahan 30an,memiliki segalanya.Sebutkan sahaja.Rumah sendiri,syarikat hasil titik peluh sendiri,kereta sendiri. Namun jodoh sahaja yang belum hadir lagi.

Bukan memilih atau jual mahal,cuma kesibukan di kerja tidak memberi dia masa untuk mencari jodoh.

Nuh mencabut earpiece dari telinganya lalu menyandar di dinding. Tenggelam dengan lamunan tentang kehidupannya.

"Termenung jauh nampak" kedengaran suara lelaki menyapa mematikan lamunannya.Beliau menoleh.

"Kau rupenye Yus." Kenal sangat kelibat lelaki itu;Yusra. Rakan kerja sekaligus sahabat akrab Nuh.

Beliau sebaya dengan Nuh namun sudah mempunyai Rabbaitul Bait dan satu cahaya mata.

"Kau buat ape kat sini? Dah banyak kau habiskan tenaga dekat kerja. " sambil menepuk bahu Nuh.

"Sini lah tempat aku tenangkan diri yus. Mcm kau tk tau pula." Jawap ringkas Nuh.

"Tu lah dah lame aku nasihatkan kau.. kahwin.. kahwin..kahwin.. kau tk nk.. kalau tk,kau tk kesunyian mcm ni. "

"Kau tau kan kerja aku mcm mane. Sibuk dengan jumpe client,meeting  bagai.." Nuh mengusap raut wajahnya  tanda kegelisahan.

"Kerje kerje juga. Aku tau kerje itu ibadah. Tapi mendirikan masjid tu pun ibadah juga. Age is catching up bro. Think about it." Yusra cuba meyakinkan sahabatnya.

Nuh sekadar menganggukkan kepalanya. Tak menidakkan atau mengiyakan kata Yusra.

Beliau menjenguk jam tangannya. Tepat pukul sepuluh malam. Kedua lelaki tersebut berangkat pergi meninggalkan tempat itu.

Nuh Nahyan (نوح نهيان)Where stories live. Discover now