bab 2

340 11 4
                                    

Nuh dan Yusra berpelukan tanda ucap selamat tinggal dan pulang ke kediaman masing-masing.
........
Sang malam menjadi raja pada waktu itu. Jejaka yang miliki wajah yang tampan itu mencapai pintu rumah lalu membukanya. "Assalamualaykum."beliau melangkah masuk lalu menutup pintu rumahnya.

Beliau menghempaskan diri di atas sofa bermaterial leather yang berada di ruang tamu. Matanya memandang sekeliling. Memang rasa sunyi. Tidak ada orang yang sambut bila pulang. Tidak ada orang yang sediakan makan. Tidak ada orang untuk mencurhatkan kasih sayang.

Nuh Nahyan hidup sebatang kara. Kedua ibu bapa nya telah lama kembali ke rahmatullaah waktu dia mula-mula bekerja. Dia juga merupakan anak tunggal.

"Kerje kerje juga. Aku tau kerje itu ibadah. Tapi mendirikan masjid tu pun ibadah juga. Age is catching up bro. Think about it." Terngiang-ngiang kata-kata itu di benak fikirannya.

"In shaa Allaah la Nuh. Kalau ade jodoh untuk kau,ade lah.. " beliau memujuk diri.

Beliau berganjak dari bilik ruang tamu untuk membersihkan diri. Seusai dia membersihkan diri,dia lanjut mengambil wudhu'.

Sunnah Nabi apabila sebelum kita tidur,kita mengambil wudhu dulu. Diajarkan oleh arwah ayahnya rahimahullaah,sejak dia kecil lagi.

Setelah itu,beliau melangkah masuk ke biliknya.Terasa dingin sekali angin pada malam itu hingga menusuk ke tulangnya. Beliau merebahkan badan di atas katil.

Selimut dicapai dan diselubung ke seluruh badan nya. Terasa hangat sedikit. Beliau mula membaca beberapa doa.

Antaranya 3 qul,ayatul kursi dan doa sebelum tidur. Selesai membaca doa-doa tersebut,beliau pun istirehat alami kerana keletihan melanda diri.

Nuh Nahyan (نوح نهيان)Where stories live. Discover now