Allaahu akhbar Allaahu akhbar..
Azan sudah berkumandang,menandakan waktu subuh sudah pun masuk.
"Ummi... ohhh ummi..."
Kedengaran suara yang lembut memanggil ummi.Perlahan-lahan ummi membuka kedua kelopak matanya.
Beliau melihat sosok tubuh di hadapan nya.Rupa-rupanya anak perempuan nya,Qasih A'isyah yang mengejutkan beliau.
"Iya ada apa nak?" Ujar ummi,masih kelihatan mengantuk.
"Dah waktu subuh ummi.. mari kite solat same-same..ummi ambil wudhu' ya." begitu lemah lembut Qasih A'isyah berbicara dengan ummi nya.
Raut wajah yang manis menawan,mata yang membulat,berteman kan sebuah senyuman. Kulit nya putih gebu,pipi kemerah-merahan.
Itulah gadis yang bernama Qasih A'isyah.Dengan berhati-hati,beliau memapah ummi nya ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
Ummi mengalami sakit kaki sejak beberapa tahun yang lalu. Kerana usianya yang lanjut,Qasih sering membantu ummi nya jika ummi ada keperluan.
Ayah Qasih sudah lama pergi meninggalkan mereka berdua. Akibat serangan jantung waktu Qasih baru berumur 7 tahun. Sejak itu Ummi lah yang menjadi ibu dan ayah kepada Qasih. Mereka saling memerlukan kerana hanya mereka berdua sahaja di rumah.
Paip air dibuka sedikit lalu Qasih membantu ummi nya mengambil wudhu'.
Mulai dari kedua telapak tangan hinggalah ke kedua kaki umminya,Qasih membasuhkan.
"Ummi boleh lagi ambil wudhu sendiri nak..." jelas Ummi,kelihatan malu terhadap anaknya.
"Takpelah ummi.. Qasih tolong ummi. Kan dah jadi tanggungjawab Qasih." Jawap Qasih, sambil melemparkan senyuman manis kepada ummi.
Wanita berusia lewat 20an tersebut menyarungkan ummi nya sehelai kain dan telekung. Kemudian beliau menyarungkan pula satu lagi sehelai kain dan telekung ke atas dirinya.
Dengan sangat rendah diri,mereka berdua mula menyembah kepada Sang Pencipta.
YOU ARE READING
Nuh Nahyan (نوح نهيان)
General Fiction#1 in perkahwinan (23 August 2019) #1 in suamiisteri (23 August 2019) #1 in suamiisteri (3 October 2020) #2 in islamik ( 11 october 2020) Sebuah cerita yang mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Nuh Nahyan. Beliau mempunyai segalanya. Kecuali s...