bab 3

254 7 0
                                    

Sang Fajar menyuluh bumi. Ia seakan-akan tidak pernah lupa pada rutinnya. Pagi yang cerah dan bertemankan kicauan burung itu telah menceriakan suasana.

Seperti biasa,Nuh bangkit dari tidurnya dan menyiapkan diri untuk ke pejabat. Sarapan hanya sekadar roti telur dengan secangkir kopi O. Setelah sarapan,Nuh mencapai kunci keretanya,memakai sepatu berwarna hitam lalu beredar dari rumah.
..........................

"NUH!",sahabatnya,yusra memanggil dirinya dari jauh dengan sebentuk senyuman.

Nuh pun bergegas ke arah Yusra. Mereka saling memberi salam dan berpelukan. Macam lah tak pernah jumpa. Padehal hari-hari nampak dekat office.

Kau dah sarapan Nuh?" Yusra menembak soalan.

"Dah. Aku buat roti telur dengan kopi bujang je." Ringkas saja jawapan Nuh.

"Kesian nye sahabat aku ni. Sarapan tu je.. tengok macam aku ni. Sarapan nasi goreng yang dihidangkan oleh isteri tercinta.." dengan nada yang bangga yusra berkata.

"Alahh HIDANGKAN saje kan... tapi masak..bibik kau yang masak kan??? Lagi kesiaaaaan aku tgk kau. Hah! " ketawe kecil Nuh sambil menggeleng kepala.

"Ehh ehhh bini aku juga la yang masak.. bibik aku assist dia je.. atleast aku ade jugak isteri.. come on la bro..." yusra berbalas tidak mahu kalah.

"Dah dah dah.. perangai jangan nak belagak sangat. Tunggu la nanti aku dah ade isteri..mau jadi raja aku dibuatnya..."

Terserlah perangai kebudak-budakan mereka walaupun mereka sudah dewasa. Memang akrab betul persahabatan kedua lelaki tersebut.

"Kau jangan lupe hari ni ade meeting pukul 2 petang. Kite nak bincangkan pasal project bangunan dengan Dato' Zain." Yusra mengingatkan sahabatnya.

"Ok thanks bro.. ada apape fail kau nak submit dekat aku? Signature ke??" Nuh menyoal sambil melihat jam tangan nya.

"For now takde. Semue fail aku dah letak kat desk. Signature kau aku taknak.. kau ingat kau popular sgt kee.." Yusra bercanda.

"Ade ade je kau ni.. ok nanti kite lunch sama-sama. Tempat biase." Nuh beredar dari sisi Yusra dan menuju ke bilik pejabat.

Beliau merebahkan punggungnya di kerusi lalu membetulkan kot. Rambut disikat semula dengan teliti. Penampilan memainkan peranan katanya.

Beliau membuka laptop di atas meja dan mula bekerja dengan bismillaah.

........

Assalamualaykum readers sorry sebab dh lame tak sentuh buku crite ni.. dah setahun terbiar mcm tuu... alhamdulillaah sis ade kekuatan sedikit untuk berkarya satu bab untuk buku crite Nuh Nahyan. Enjoy readingg....

Nuh Nahyan (نوح نهيان)Where stories live. Discover now