bab 5

285 8 4
                                    

NUH merehatkan tubuhnya seketika. Tali leher dilonggarkan sedikit. Jam tangan serta telefon bimbit diletak atas meja. Seharian beliau bekerja di ofis. Mesyuarat lain, menghabiskan projek-projek syarikat, turun pandang ke bangunan sambil bertemu dengan client. Sedikit sebanyak itu lah rutin kerja Nuh Nahyan.

Beliau memandang ke atas. Fikiran nya mula melayang. Alangkah bagus nya jika ada peneman hidup. Seseorang yang boleh menghiburkan hati nya.

Nuh melihat sekeliling rumah. Rumah yang besar dan mewah namun sunyi sepi. Hanya bertemankan bantal peluk setiap malam.

"Nuh, umur kamu sudah makin meningkat. Bila lagi kamu mahu mendirikan masjid?kamu bukan muda lagi."

Masih segar di ingatan Nuh kata-kata arwah ibu nya. Beliau teringin bermenantu selagi hayatnya masih dikandung badan. Namun hasrat arwah ibu,Nuh tidak dapat tunaikan.

Kalau ikut ciri-ciri isteri idaman Nuh,beliau ingin seseorang yang sedikit sebanyak memiliki perwatakan seperti arwah ibunya.  Lemah lembut,berbudi bahasa,sopan santun,penurut dan penyayang.

"Drrrtt...drrrrt.."
Bunyi telefon bimbit Nuh mematikan lamunannya.

Beliau bangun mencapai telefon bimbit tersebut. Panggilan dari teman akrab nya.

"Assalamualaykum Nuh.. buat ape tu kau? Lambat sangat angkat call aku." Yusra mula menyoal.

"Waalaykumsalam.. aku rehat tadi.. tup tup kau call. Ade apehal kau telefon aku ni?" Nuh menembak soalan kepada Yusra sambil membetulkan rambut dengan jari-jemarinya.

"Aku nak bagi tau kau bende ni.. aku dapat info.. baik punye.."

"Info ape?" Nuh berbalas soalan.

"Ade satu perempuan ni... dia single.. solehah.. so sweeet..." yusra bicara manja.

"Ehhh ape kau ni so sweet la ape la.. kenape dengan perempuan tu?" Berkerutan dahi Nuh dibuatnya. Apa kena mengena perempuan tu dengan Nuh.

"Kau nikah lah dengan dia. In shaa Allaah aku yakin...dia boleh jage kau.. jadi isteri yang terbaik buat kau." Ulas Yusra.

"Ape!?! Kau dah gila ke yus?? Tak pasal-pasal pulak kau ni.." bagaikan tidak percaya Nuh mendengar kata-kata Yusra. Badan Nuh mula rasa panas. Titisan peluh di dahi menunjukkan betapa hangat nya perkara ini untuk Nuh.

"Betul lah bro. Ok takpe aku tau kau akan terkejut. Esok lepas kerje  kite bincang lagi pasal ni." Yusra cuba menenangkan sahabat nya.

"Erm okay lah. Aku nak mandi dulu. Assalamualaykum."
Beliau mematikan telefon bimbit nya supaya tidak diganggu. Saat ini fikiran Nuh berserabut.

Apa maksud yus tadi? Senang-senang dia suruh aku nikah dengan perempuan yang aku tak kenal langsung.

Nuh mengeluh panjang. Beliau mengusap raut wajahnya serta menggaru kepala. Kakinya mengatur langkah ke arah bilik. Tuala dicapai lalu beliau ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri. Sekalian Nuh mengambil wudhu'.

Seusai beliau membersihkan diri,Nuh mengenakan jubah kegemarannya. Berlengankan tangan pendek, berwarna putih kelabu. Jubah itu adalah kepunyaan arwah ayahnya. 

Jejaka tampan itu membentang sejadah di lantai lalu mula menunaikan solat isya'.

Surah Al-Hijr, ayat 98-99
"maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (shalat),

dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nuh Nahyan (نوح نهيان)Where stories live. Discover now