Bab 1

14 0 0
                                    

"Sinaran mentari menyinari.. menusuk ke jiwaku.."

Pagi ini mood Nea agak baik. Maklumlah hari pertama dia hendak memulakan pekerjaan barunya.

Nea baru sahaja selesai bergraduasi dari kolejnya. Dia telah mendapat sijil diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bidang yang diminatinya sejak dahulu lagi.

Kini Nea akan memulakan kerjayanya sebagai seorang pengasuh taska.

"Amboi Nea.. seronok eh menyanyi." tegur Ina, rakan serumah Nea. Ina masuk ke dalam bilik Nea. Dia melabuhkan punggungnya dikatil Nea.

Ina merupakan teman baik Nea semenjak zaman kolej lagi. Kini mereka menjadi teman serumah pula.

"Tak reti nak bagi salam ke?" soal Nea. Ketat sahaja mukanya. Tak senyum langsung.

"Marah ke tu?" soal Nea. Pinggang Nea dicuit.

"Oh mak." Nea melatah. Ina ketawa. "Ish." kata Nea.

"Ala.. sekarang tak boleh gurau dah. Nak balik Melaka lah kalau macam ni." Ina merajuk. Tangannya disilangkan.

"Merajuk ke?" soal Nea. "Gurau pun tak boleh ke?" Nea tersengih.

Nea duduk disebelah Ina. Ina memalingkan mukanya ke arah lain. "Ala, ala.. jangan lah merajuk kita gurau je." pujuk Nea.

"Nak coklat tak kita belanja?" soal Nea.

"Tak nak. Nak balik Melaka." kata Ina.

Melaka merupakan kampung halaman Ina. Ina merantau ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran. Begitu juga dengan Nea tetapi Nea berasal dari Ipoh, Perak.

"Ala.. janganlah balik Melaka. Nanti siapa nak jaga kita kat sini." pujuk Nea. Jari telunjuknya dilagakan. Nea buat muka kesian.

Ina memandang Nea dengan pandangan yang serius. "Ei, hodohnya." Ina ketawa.

"Hei." bahu Ina ditampar. Mereka berdua ketawa.

"Dah ready ke nak pergi kerja?" soal Ina.

"Insha Allah." balas Nea.

Sebenarnya Nea agak gementar.  Walaupun ini pekerjaannya yang ketiga. Tetapi rasa gemuruh tetap ada kerana ini adalah pekerjaan yang berkaitan dengan bidangnya. Sebelum ini Nea bekerja sebagai seorang pelayan dicafe. Setelah itu, dia bekerja sebagai cashier disebuah kedai.

"Kau doakan aku eh?" kata Nea. Ina mengangguk.

"Always." jawab Ina.

"Thanks weh." Nea peluk Ina.

Sejak Nea tinggal di Kuala Lumpur. Dia banyak terhutang budi dengan Ina. Ina seorang kawan yang setia. Dia sentiasa ada untuk membantu Nea. Rumah yang mereka tinggal sekarang ini pun kepunyaan ibu saudara Ina. Mereka sewa dirumah tersebut.

"Err.. kau nak peluk aku lama lagi ke?" tegur Ina. Nea ketawa. "Pergi kerja cepat nanti lewat." kata Ina. 

"Okay kakak." kata Nea.

"Apa kakak-kakak? Aku muda lagi." Ina menujuk penumbuk padunya. 

"Mana ada. Kau tua setahun dari aku." balas Nea. Jari telunjuknya dituju kepada Ina.

"Takde, takde aku muda lagi." Ina tolak tubuh Nea keluar dari bilik.

"Cepat pergi kerja nanti lambat. Kau naik bas kan?" soal Ina.

"Alamak. Yelah." Nea lihat jam tangannya.

"Aku pergi dulu." Nea segera mengambil beg sandangnya.

"Ehem, bekal ni tak nak ambik ke?" soal Ina. Dia memegang bekal makanan milik Nea. 

"Eh aku ada buat bekal ke tadi?" soal Nea. Rasanya dia tidak menyiapkan apa-apa bekal hari ini. Ya, memang selalu dia akan bawa bekal tetapi hari ini dia tidak masak pula.

"Aku buat." kata Ina.

"Hah? Wah.." balas Nea. Dia berasa sangat terharu.

Sekali lagi tubuh Ina dipeluk Nea.

"Thanks tau." ujar Nea.

"Welcome." balas Ina.

"Dah pergi cepat." kata Ina. "Okay. Bye. Assalamualaikum. Jumpa petang nanti." kata Nea. Ina menjawab salam dan mengangguk.

Sebelum keluar rumah Nea sempat memberi flying kiss kepada Ina.

Nea menuju ke bus stop berhampiran dengan rumahnya. Ina ada mempelawa Nea untuk menumpang keretanya. Tetapi Nea tetap berkeras untuk menaik bas. Bukannya apa dia hendak berdikari. Selain itu, dia malu dengan Ina. Ina selalu membantunya.

"Mana bas ni?" omel Nea. Jam tangannya dikerling seketika.

Nea naik bas ke tempat kerjanya memandangkan tempat kerjanya tidak jauh dari rumah.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya bas pun sampai. Nea naik bas tersebut bersama beberapa orang yang menunggu bersamanya di bus stop tadi.

Tet..tet.. telefon milik Nea berbunyi. Nampaknya ada yang menghantar mesej.

'Good luck. Enjoy your first day. :) Fighting.'

Rupanya Ina yang hantar mesej.

'Thank you Ina. Love you. <3'

Nea membalas mesej tersebut.

Dia amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Ina. Dia sendiri telah menganggap Ina sebagai saudara kandungannya. Begitu juga dengan Ina.

Terjatuh Hati Padanya ❤Where stories live. Discover now