"Jom akak kenalkan dengan budak-budak." ajak Kak Nana.
"Budak-budak ni dalam umur 1 tahun sampai 4 tahun. So far 1 tahun ada lebih kurang 4 orang. 2 tahun ada 3 orang. 3 tahun 4 orang dan 4 tahun ada 3 orang. Ni bilangan untuk budak lelaki je. Budak perempuan dengan baby lain." kata Kak Nana.
"Ni yang kita kena jaga. Kira dorang ni macam anak kita jugalah." kata Kak Nana.
"Dorang ni manja. Terutama yang kecil. Menangis, melalak tu biasa. Budak ni ada jugak yang badmood kadang-kadang. Tapi kitalah kena pandai ambik hati dorang. Dorang okay je biasalah budak-budak." kata Kak Nana lagi.
"Nea ada adik tak?" soal Kak Nana. "Takde kenapa kak?" balas Nea.
"Takde apa kalau Nea ada adik mesti Nea faham perangai budak-budak macam mana. Nea umur berapa ye?" soal Kak Nana. "Oh. Nea 22 tahun tapi Nea pernah jaga adik saudara, anak jiran pun pernah." jawab Nea.
"Oh okay sangatlah kalau tu. Nea kira expert la juga kan? Jadi dengan budak ni jangan garang-garang sangat. Tegas takpe biar dorang respek. Tapi jangan guna tangan. Cubit ke apa jangan. Kalau nak peluk ke apa bolehlah." pesan Kak Nana. "Baik kak, Nea faham." balas Nea.
"Auntie.. auntie.." panggil seorang kanak-kanak dengan pelatnya. "Ye ada apa?" kata Kak Nana. "Nak cucu.." balas kanak-kanak itu. "Nanti kita minum susu. Naufal main dulu ye." balas Kak Nana.
Kanak-kanak itu membuat muka monyok dan berlari ke arah kawannya. Dia mula bermain. Nea tersenyum.
"Tu Naufal. Umur dia 3 tahun. Dia pelat sikit." kata Kak Nana. Nea mengangguk. "Nea kat sini Nea cakap je full sentences dengan budak-budak. Jangan ajuk pelat dorang. Nanti macam Naufal ni. Kat rumah family dia selalu ajuk pelat dia tu yang pelat. Cakap je macam biasa. Kalau dorang salah sebut Nea betulkan." pesan Kak Nana
"Nea jangan terkejut kalau jumpa yang pelat macam Naufal. Nea sabar je dengar elok-elok apa dorang cakap. Insha Allah faham. Biasa yang pelat ni rajin bercakap. Biar je. Bagus kalau dorang banyak bercakap tu maknanya otak dorang banyak berfikir." kata Kak Nana.
Kak Nana seorang yang berpengalaman dalam bidang awal kanak-kanak. Dia pernah bekerja dibeberapa buah taska. Begitu juga dengan tadika kerajaan. Kak Nana juga kerap menyertai program serta kursus berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Sebab itulah Kak Nana banyak bercerita tentang kanak-kanak.
YOU ARE READING
Terjatuh Hati Padanya ❤
RomanceKisah Adanea Ara (Nea) seorang gadis biasa yang pertama kali terjatuh hati. Nea berasal daripada Ipoh, Perak. Dia baru sahaja memulakan kerja barunya sebagai seorang pengasuh disebuah taska. Nea mempunyai seorang sahabat baik yang bernama Norazlina...